10 faktor penyebab 'MATA PANDA' dikalangan wanita

 :
💜 Keletihan pada mata.
Kurang tidur atau susah hendak tidur menyebabkan kulit sekeliling mata kelihatan pucat dan lingkaran gelap pada mata semakin jelas.

💜 Terdedah kepada sinar matahari.
Boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak melanin sehingga terjadinya penggelapan dibawah mata.
💜 Dehidrasi.
Kekurangan cecair didalam tubuh. Ini menyebabkan perjalanan darah dalam tubuh tidak lancar dan mempengaruhi pembuluh darah dibawah mata.
💜 Terlalu banyak memakai make-up.
Tidak membersihkan make-up dibahagian mata boleh menyebabkan iritasi dibawah mata seterusnya menjadi bengkak. Pengunaan kosmetik yang tinggi kandungan plumbum juga boleh memburukkan lagi keadaan.
💜 Kekurangan nutrisi mata.
Zat besi yang kurang didalam badan boleh boleh menyebabkan sekitar mata menjadi bengkak. Begitu juga kekurangan VitaminA yang sinonim dengan kesihatan mata dan kelembapan disekeliling kawasan mata.
💜 Kesan dari penyakit.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti anemia dan buah pinggang.
💜 Kesan sampingan preskripsi ubat.
Ubat-ubatan juga boleh menyebabkan lingkaran gelap dibawah mata.
💜 Ketagihan alkohol.
Alkohol boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh dan kawasan disekitar mata jadi tenggelam.
Mata adalah kawasan yang paling cepat terjejas.
💜 Merokok.
Rokok akan menyebabkan struktur penghasilan kolagen dibawah mata menjadi lemah dan kulit dibawah mata akan menjadi kendur.
💜Aktiviti penuaan semulajadi.
Semakin berusia, kolagen dalam badan semakin berkurangan. Kita sebagai wanita yang jelita, perlu bijak memilih supplement Vitaminc dan kolagen yang bantu dalam mengekalkan kulit yang sihat dan cantik

No comments