Jenis kulit dan pilihan pelembap.

Kenali jenis kulit u ols. Dan Mamajura dah selitkan sekali jenis pelembap / moisturizer yang sesuai.

•KULIT KERING•
Antara masalah terbesar pada kulit wajah. Masalah kulit kering kebanyakkan nya adalah dari keturunan, faktor persekitaran seperti kerjaya, makanan, masalah hormon dan cuaca.

Cuci muka setiap hari untuk memastikan sel kulit mati terbuang. Penggunaan serum, dan pelembap yang mengandungi hyaluronic asid, glycerin dan bahan laut seperti kolagen laut dan alga sangat membantu.
Ini bagi mengekalkan kelembapan dan memegang air. Nama pon amik supplement dari laut, muka pon rasa lembap macam di lautan.


•KULIT NORMAL•
Yang berkulit normal pula selalu masalah kulit kering di pipi. Sebab pipi pau kot 😜
Kulit normal dan tak berminyak ini seusai dengan pelembap jenis gel atau krim kerana gel atau krim lebih meresap dengan baik dan lama.

•KULIT BERMINYAK•
Kulit berminyak, dari pandangan mata kita boleh nampak kan. Bersinar dari jauh. Apatah lagi orang yang mengalaminya. Kulit berminyak tampak sihat tapi cepat berkedut.
Pelembap jenis essence lebih sesuai kerana jenis yang tak berminyak. Takkan nak pakai krim, lagi tampak berminyak kan?

•KULIT SENSITIF•
Masalah kulit sensitif sangat merunsingkan dan boleh membuatkan anda jadi down.
Malu dan tidak ada keyakinan diri.
Bahan yang ada dalam alat kosmetik juga perlu dititik beratkan. Harus lah bebas free paraben, pewangi sintetik, sulfate detergents, phthalaters, urea, DEA TEA.
Cara bagi anda yang berkulit sendirif, pertama bila nak try alat kosmetik atau penjagaan wajah, try pada lengan dulu. Biar dalam 30min.
Bila lengan takde masalah, tak ada gatal atau naik merah, try belakang telinga. Kalau tak ada masaah, okay la tu. Sesuai lah anda dengan produk tu.
So, dah boleh detect apa jenis kulit u ols?
Moga manfaat 😍

No comments