TAZKIRAH : AKHLAK & TAQWA

Yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga ada dua amalan iaitu takwa dan akhlak yang baik.
Yang berkaitan dengan akhlak itu amat jarang ditemukan, bahkan terjadi juga pada orang-orang yang sudah kenal agama. Ada yang sudah lama mengaji, sudah sekian lama duduk di majlis ilmu, namun dia adalah orang yang sering lalaikan amanat. Walaupun penampilannya luarannya kelihatan sangat baik, namun akhlaknya pula tidak murah senyuman dan kasar. Seolah-olah yang dipentingkan adalah penampilan lahiriyah tanpa memperhatikan akhlak yang santun, amanah dan lemah lembut. Padahal seharusnya dengan rajinnya menuntut ilmu dan sudah menjalankan ajaran Rasul semakin terbimbing pada akhlak yang baik. Kerana takwa dan akhlak baik itulah yang mengantarkan pada syurga.
Dari Abu Hurairah,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ « تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ ». وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ « الْفَمُ وَالْفَرْجُ »
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya mengenai perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, beliau menjawab, “Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.” Beliau ditanya pula mengenai perkara yang banyak memasukkan orang dalam neraka, jawab beliau, “Perkara yang disebabkan kerana mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat)
Maksud Taqwa
Takwa maksudnya adalah menjadikan antara seorang hamba dan seseutu yang ditakuti suatu penghalang. Sehingga takwa kepada Allah bererti menjadikan antara hamba dan Allah suatu benteng yang dapat menghalangi dari kemarahan, murka dan siksa Allah. Takwa ini dilakukan dengan melaksanakan perintah dan menjauhi maksiat.
Namun takwa yang sempurna kata Ibnu Rajab Al Hambali adalah dengan mengerjakan kewajiban, meninggalkan keharaman dan perkara syubhat, juga mengerjakan perkara sunnah, dan meninggalkan yang makruh. Inilah darjat takwa yang paling tinggi.
Al Hasan Al Bashri berkata,
المتقون اتَّقَوا ما حُرِّم عليهم ، وأدَّوا ما افْتُرِض عليهم
“Orang yang bertakwa adalah mereka yang menjauhi hal-hal yang diharamkan dan menunaikan berbagai kewajipan.”
‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata,
ليس تقوى الله بصيام النهار ، ولا بقيام الليل ، والتخليطِ فيما بَيْنَ ذلك ، ولكن تقوى اللهِ تركُ ما حرَّم الله ، وأداءُ ما افترضَ الله ،فمن رُزِقَ بعد ذلك خيراً ، فهو خيرٌ إلى خير
“Takwa bukanlah hanya sekadar dengan puasa di siang hari atau mendirikan solat malam, atau melakukan kedua-duanya. Namun takwa adalah meninggalkan yang Allah haramkan dan menunaikan yang Allah wajibkan. Siapa yang setelah itu dianugerahkan kebaikan, maka itu adalah kebaikan pada kebaikan.”
Tholq bin Habib mengatakan,
Ibnu Mas’ud ketika menafsirkan ayat bertakwalah pada Allah dengan sebenar-benarnya takwa yang terdapat dalam surat Ali Imran ayat 102, beliau berkata,
أنْ يُطاع فلا يُعصى ، ويُذكر فلا ينسى ، وأن يُشكر فلا يُكفر
“Maksud ayat tersebut adalah Allah itu ditaati, tidak bermaksiat pada-Nya. Allah itu terus diingat, tidak melupakan-Nya. Nikmat Allah itu disyukuri, tidak diingkari.” (Riwayat Al Hakim)
Yang dimaksud bersyukur pada Allah adalah dengan melakukan ketaatan pada-Nya.
Adapun maksud mengingat Allah dan tidak melupakan-Nya adalah selalu mengingat Allah dengan hati pada setiap gerakan dan diamnya, begitu juga saat berucap. Semuanya dilakukan hanya untuk meraih pahala dari Allah. Begitu pula larangan-Nya pun dijauhi. (Lihat Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 397-402)
Maksud Akhlak yang Baik
Dalam hadits Abu Dzar disebutkan,
اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Ikutilah keburukkan dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskan keburukkan tersebut dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ibnu Rajab mengatakan bahawa berakhlak yang baik termasuk sebahagian dari takwa. Akhlak disebutkan secara bersendirian kerana ingin ditunjukkan pentingnya akhlak. Sebab banyak yang menyangka bahwa takwa hanyalah menunaikan hak Allah tanpa memperhatikan hak sesama. (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 454).
Bahkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan akhlak yang baik sebagai tanda kesempurnaan iman. Dari Abu Hurairah, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Akhlak yang baik (husnul khuluq) ditafsirkan oleh para salaf dengan menyebutkan beberapa contoh. Al Hasan Al Bashri mengatakan,
حُسنُ الخلق : الكرمُ والبذلة والاحتمالُ
“Akhlak yang baik adalah ramah, dermawan,dan boleh menahan amarah.”
Asy Sya’bi berkata bahawa akhlak yang baik adalah,
البذلة والعطية والبِشرُ الحسن ، وكان الشعبي كذلك
“Bersikap dermawan, suka memberi, dan memberi kegembiraan pada orang lain.” Demikianlah Asy Sya’bi, dia gemar melakukan hal itu.
Ibnul Mubarok mengatakan bahawa akhlak yang baik adalah,
هو بسطُ الوجه ، وبذلُ المعروف ، وكفُّ الأذى
“Bermuka manis, gemar melakukan kebaikan dan menahan diri dari menyakiti orang lain.”

Imam Ahmad berkata,
حُسنُ الخلق أنْ لا تَغضَبَ ولا تحْتدَّ ، وعنه أنَّه قال : حُسنُ الخلق أنْ تحتملَ ما يكونُ من الناس
“Akhlak yang baik adalah jangan engkau marah dan cepat naik darah.” Beliau juga berkata, “Berakhlak yang baik adalah boleh menahan amarah di hadapan manusia.”

Semoga Allah mengaruniakan kepada kita sifat takwa dan akhlak yang mulia. 
Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.

Kebaikan GLA Complex

As a women, i fall on love with GLA Complex.

You should have it too as your daily supplement intake.

#beYOUtiful

Lima Hadith Utama Mengenai Akhlak

1. Nabi Muhammad saw Diutuskan Untuk Menyempurnakan Akhlak

Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda, “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh (mulia/baik/murni)”. (Sahih Adabul Mufrad riwayat al-Bukhari)

Ramai yang mengatakan permulaan dakwah Rasulullah saw adalah tauhid (mengesakan Allah), tetapi jika dicermati dengan tenang; dakwah pertama sebelum menjadi nabi adalah akhlak yang murni sehingga Beliau digelar al-Amin (yang dipercayai) oleh orang-orang kafir saat itu. 

Malah bila Rasulullah saw mengatakan Beliau adalah Rasul Allah, orang-orang kafir ketika itu berbelah bagi kerana Rasulullah saw tidak pernah menipu sepanjang hidupnya. Sepatutnya inilah prinsip pertama dalam dakwah; iaitu akhlak yang baik.

2. Akhlak Baik Mencerminkan Kesempurnaan Iman

Sunan Tirmidzi : Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang PALING SEMPURNA IMANNYA adalah orang yang paling baik akhlaknya; Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Hasan Sahih)

3. Timbangan Amal Soleh Paling Berat Adalah Akhlak

Sunan Abu Daud : Daripada Abu Darda Uwaimir bin Malik ra : Rasulullah saw bersabda, "Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik." (Sahih)

4. Paling Ramai Masuk Syurga Kerana Akhlak Yang Baik

Sunan Tirmidzi : Daripada Abu Hurairah ra ia berkata, “Rasulullah saw pernah ditanya tentang sesuatu perkara (amal soleh) yang paling banyak menyebabkan seseseorang masuk ke dalam syurga.”

Lalu Rasulullah saw bersabda, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia."

Dan beliau juga ditanya tentang sesuatu yang paling banyak menyebabkan seseorang masuk ke dalam neraka, lalu Beliau menjawab: "Mulut dan kemaluan." (Abu Isa berkata Sahih Gharib dan al-Albany mengatakan isnadnya Hasan)

5. Orang Yang Paling Dicintai Rasulullah Saw

Musnad Ahmad : Daripada Abu Muhammad Abdullah bin Amru ra : Rasulullah saw bersabda, "Mahukah kalian aku khabarkan mengenai orang yang paling aku sukai dari kalian dan pada hari kiamat tempat duduknya paling dekat dengan aku?" 

Orang-orang semuanya diam, lalu Beliau mengulangi kata-katanya tersebut sampai dua atau tiga kali. 

Akhirnya mereka pun menjawab; "Mahu wahai Rasulullah." 

Rasulullah saw bersabda, "Orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian (ialah orang yang paling ku cintai dan paling dekat dengan ku pada hari kiamat)." (Sahih)

Kebaikan GLA Complex

Tips mengurangkan sakit ‘period pain’

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#sakitmacamnakberanak

Kebaikan GLA Complex

GLA Complex elok untuk melembapkan kulit.

Ada vitaminE, minyak bunga.
Pipi jadi pinkish.
Glowing gitu.

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#pipipinkish

Mencorak anak-anak.

Kita mengharapkan anak-anak besar esok jadi anak soleh, menghafal Al-Quran, orang berjaya, taat mak bapa, pemimpin negara...Tapi hari-hari dalam hidup, kita mengadap handphone lebih lama daripada masa kita mengadap anak-anak. Kita senyum depan gajet lebih banyak daripada kita senyum depan anak-anak.

Pergi kedai makan sama-sama dengan anak, tapi kita mengadap Telegram sepanjang waktu. Anak yang duduk berhadapan dengan kita terpinga-pinga tak tau nak buat apa sementara tunggu makanan yang dipesan sampai. Kalau dia meragam sikit, kita marah dia depan orang ramai.

Anak kita demam, kita bawa pergi klinik. Sementara tunggu nombor giliran naik, kita layan Insta sampai terabai anak yang sedang menahan sakit. Terkapai-kapai anak tu tak ada kawan nak bersembang. Paling kuat pun kita bagi dia tengok Youtube atau main game dalam handphone. Janji kita tak terganggu.

Hari sukan sekolah, anak kita semangat berlari, melompat, bersaing dengan kawan-kawan. Dapat pingat dan piala nak tunjuk kat mak ayah dia. Tapi anak tengah berpanas, berentap di padang, kita berteduh bawah khemah layan Whatsapp sambil tersenyum sorang-sorang.

Bawa anak pergi taman permainan, anak-anak kita lepaskan main sendirian. Main papan gelongsor, jongkang-jongket, buaian... Kita di mana? Duduk atas bangku sambil kemas kini status Facebook, "Petang ni seronok bawa anak-anak bermain di taman mainan" dan tunggu komen rakan-rakan. Anak-anak menunggu kita turut serta, tapi sayangnya hajat mereka tak kesampaian.

Kita letakkan harapan pada masa depan anak setinggi gunung, nak dia jadi anak soleh, insan berjaya dunia akhirat, tapi nilai gajet kita letak jauh lebih tinggi. Komunikasi dengan anak pun melalui "perantaraan" Youtube dan Ipad. Kalau takda gajet, kita pun buntu macam mana nak melayan karenah anak dan berkomunikasi.

Hakikat yang pahit, tapi senario harian yang boleh diperhatikan di sekeliling kita. Sekarang anak masih kecil mungkin kita tak nampak kesannya. Tapi setelah 20 tahun akan datang baru kita nak sedar, setelah kita nampak kesannya depan mata, ketika itu nak patah balik pun dah tak dapat. Jadi sementara masih punya masa dan kesempatan, gunakan peluang sebaiknya.

Kita lah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak kita...

“Kamu sekalian adalah pemimpin, dan kamu sekalian bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya. Seorang Amir (raja) adalah pemimpin, seorang suami pun pemimpin atas keluarganya, dan isteri juga pemimpin bagi rumah suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggungjawabannya atas kepemimpinannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penulis: Ahmad Hisyam Sabrani

Wallahu waliyyut taufiq

Kulit LEMBAP dengan GLA Complex.

Kulit yang cantik bergantung kepada kandungan asid lemak dan lipid kulit, iaitu Gamma-Linolenic acid (GLA).
Kandungan asid lemak ini penting dalam mengekalkan kelembapn kulit.

Ia juga
• Mengurangkan kegatalan dan masalah kulit sensitif.
• Mengekalkan kelembapan kulit.
• Melawan keradangan kulit.

#BINA
#ANJAL
#LINDUNG
#LEMBAP

Kebaikan VitaminC Shaklee

Essential for all 😘

#beYOUtiful
#SaintisCantik
#sayasuka

Kebaikan VitaminC Shaklee

Bahayanya radikal bebas ni sebab dia boleh menyebabkan.......

1 - Kerosakan mata (katarak)
2 - Keradangan sendi dalam arthritis, rheumatisme
3 - Kerosakan buah pinggang
4 - Kerosakan hati
5 - Diabetes
6 - kerosakan sel-sel saraf yg boleh menyumbang kpd Parkinson's dan penyakit Alzheimer
7 - Penuaan yg cepat
8 - Risiko penyakit Arteriosclerosis, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung berfungsi dgn baik, strok
9 - Kanser (sbb radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan DNA)

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#radikalbebasjahat

Tips untuk kulit cantik dan sihat

BINA
ANJAL
LINDUNG
LEMBAP

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#janganmalasjagamuka

Kebaikan VitaminC Shaklee

Ini maknanya SUSTAINED RELEASE VITAMINC.

Teknologi dan sains.
Bergabung menjadi sesuatu yang WOW!

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#OrenmasamvitaminCtakmasam

Kebaikan vitaminC Shaklee

LINDUNG kulit dengan VitaminC

VitaminC sinonim dengan agen anti-oksida. VitaminC mengalakkan pertumbuhan kulit sihat dengan meneutralkan radikal bebas.
Namun, badan kita tidak dapat menghasilkan VitaminC. Kita harus mengambilnya dari sumber makanan dan makanan tambahan.

Pengambilan VitaminC yang konsisten dapat
• Mengurangkan kehadiran garis halus dan parut.
• Mengurangkan masalah kulit kering dan kasar.
• Melembutkan kulit.
• Membantu dalam mempercepatkan parut luka.
• Melawan radikal bebas.
• Mengalakkn sistesis kolagen dan proses pembaharuan kulit.

#BINA
#ANJAL
#LINDUNG
#LEMBAP
#SaintisCantik

Kebaikan kolagen

Kebaikan Collagen Powder Shaklee.

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#Collagensedap

Kebaikan kolagen

By age of 40s.....

So if u are already 30s, better starts now.
Take extra collagen now 😘

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#jangantuasebelumusia

Kebaikan kolagen

Sumber kolagen yang terbaik adalah dari sumber laut.

Kerana haiwan dan spesis dari laut yang menghasilkan kolagen.
‘Extra’ lembapan kerana ikan hidup dalam laut.
Laut, air. 
Air, lembap.
Lembap kan bagus.

Pst: bukan lembab ye. Lembab kena makan Omega pula 😜

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#supikanmerahponsedap

Kebaikan kolagen

Kulit ANJAL dengan kolagen.

Kolagen merupakan struktur yang amat penting dalam kulit kita. 
Kolagen melambatkan dan menghalang kulit dari kendur, kedut dan berparut.
Kolagen juga mengekalkan elastik kulit.

Ya, badan kita boleh menghasilkan kolagen.
TETAPI, semakin kita meningkat usia, kolagen dalam badan semakin berkurangan dan proses pembikinannya semakin lemah.
Sebab itu, makan berusia, kulit makin kendur dan berkedut.

Lambatkan penuaan dan ketahui kebaikan kolagen.
• Kulit bertambah elastik
• Kulit makin tegang.
• Mengurangkan kewujudan garis halus.
• Mengurangkan parut.

BINA
ANJAL
LINDUNG
LEMBAP

#SaintisCantik
#beYOUtiful
#collagenShaklee

Bahana merkuri

“Merkuri boleh menyebabkan penyakit yang kronik” Pengamal perubatan Marvin M.Lipman, MD 1973 “Food and Drug Administration” (FDA)
Produk pemutih dan anti penuaan.
Produk menghilang kedutan, jerawat kasar dan sebaginya masalah kulit.

FDA berkata lagi, produk yang mengandungi merkuri sering digunakan di pasaran Asia, Afrika dan Latin.
• Risiko merkuri.
Menyebabkan masalah penghadaman dan merosakkan buah pinggang.
“Merkuri juga menyebabkan kerosakan pada sistem saraf tunjang, menyebabkan tremor, hilang ingatan dan lemah sendi” kata Orly Avitzur, M.D Pakar Saraf.
Paling merbahaya merkuri adalah pda ibu mengandung.
Bayi dalam kandungan terdedah kepada pelbagai masalah, seperti cerebral palsy dan masalah lain berkaitan otak.
Seseorang dewasa boleh menyerap 450mcg merkuri pada sekali sapuan dengan produk yang mengandungi 10,000 ppm merkuri. Itu adalah 90 kali ganda jumlah minyak ikan dalam dalam seekor ikan.
Menakutkan bukan?
Nanti Mamajura sambung lagi..
Naik sheikh pula cerita bab bahana ni 😜

Bahaya Paraben.

Paraben digunakan dengan meluas dalam industri kosmetik dunia.
85% jenama produk kecantikan mengandungi Paraben.
‘They’re inexpensive and effective’

Paling banyak digunakan adalah butylparaben, methylparaben, dan propylparaben.
Shampoo, conditioner, maskara, foundation, pencuci muka dan body lotion. Dan paling banyak kandungan dalam deodorant. Bak kata Adam “ketiak wangi”
Masalah paraben?
Paraben mempunyai struktur seperti menyerupai estrogen. Tapi namanya xenoestrogens. ‘Estrogen disruption’ boleh kearah kanser payudara dan masalah pembiakan. Pada tahun 2004, pakar mengatakan, terdapat struktur paraben dalam slide mikrosopik seorang pesakit kanser payudara.
Tetapi tiada kajian saintifik yang mengatakan paraben penyebab kanser payudara.
Namun, University of Reading membuat kajian, 18 dalam 20 sample tisu pesakit kanser payudara mengandungi paraben. Tapi ini masih belum kuat mengatakan paraben penyebab kanser.
Tapi kita sebagai pengguna harus tahu apa isi kandungan dan bijak memilih.
Nak nak sekarang produk tempatan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Tahukah kita isi kandungannya?
Tepuk ‘botol pencuci muka’, tanya ‘diri sendiri’

Cara 'menyapu' blusher

Macam mana nak apply blusher? Dan macam mana kita apply blusher?
Dua soalan yang berbeza kan? Tapi ramai yang guna satu cara.
Iaitu, senyummmm.. sapu kat atas pipi pau.
Senyum lebih lagi, bagi pipi pau naik lagi. Sapuuuuu..

Siap. Yang pipi pau semakin pau. Yang pipi roti naan pon jadi pau.
Bila mamajura tengok gambar ehsan google tu kan, nak tergelak part muka square. Baru tahu muka square kena sapu membulat. Baru nampak muka balance. Kalau muka square, sapu guna cara "senyum" mesti macam robot petak je muka 😜
Mamajura selalu gabungkan blusher dan bronzer. Suka sangat guna bronzer sebab effect 3D. Rahang naik, hidung mancung.
Ilusi semua tuuuuuu.
Nota kaki : Bronzer tau, bukan bonzer tau.

Tips memilih blusher.

Ahhhh.. suka nya mamajura tengok gmbar ni. Rasa nak beli semua je kan. Hari ni pakai pink, esok pakai oren, tulat pakai pink menyala. Indahnya kehidupan kalau boleh macam tu.

Mamajura kalau pakai pink fuschia tu, rupa badut sarkis dah. Serious story u ols tau sebab pernah beli. Sumpah menyesal. Terkebil-kebil tengok muka sendiri.

U ols kulit yang warna apa? Tu mamajura dapat gambar ihsan google, tunjuk warna kulit dan warna blusher sesuai. Tak pening kepala kan nak tengok. Sebab kalau pergi kedai, semua nak beli. Kalau rasa diri tu putih, warna apa je sesuai. Tapi kalau warna kulit hitam manis tu, sedar pipi lah ye 😚

Jujur cakap, mamajura beli blusher untuk stok 4 tahun sekali punya. Padahal pipi ada 2 je. Pakai blusher pon seminggu tak sekali 😜

Suka. Suka tengok benda cantik dan mencantikkan.

Ingat ye, pakai blusher untuk lebih berseri. Bukan untuk jadi badut yang menggelikan hati.

Jadi...pilih blusher dengan teliti.

Notakaki: nak kulit pinkish semulajadi, banyakkan makan vitamin c. Insyallah elok pipi macam kena blusher sepoi2 bahasa

#beYOUtiful
#SaintisCantik
#merahpipikita

7 Sebab wajah kusam.

Kusam dalam erti kata lain seperti tak bermaya dan tak ceria. Dari pandangan mata pon dah boleh kelihatan. "sakit ke dia?" "mesti dia tak cukup tidur"
Biasanya wanita yang sinonim dengan wajah kusam. Nak Nak datang bulan. 'Extra point" di situ.. sambil u ols raba-raba muka dan tengok depan cermin tu kan,

Jom Mamajura kongsi 7 sebab wajah kusam.
1. Tidak cukup tidur. Bila badan tidak cukup rehat dan cukup tidur, jelas kelihatan pada mata kan? orang selalu kata mata panda. Lingkaran gelap pada mata atau 'eye bags' sangat ketara. MJ rasa golongan ibu menyusu anak selalu macam ni. letih anak nak mengempeng je kan? Tidur pon tak cukup.
2. Tidak cukup minum air. Air sangat penting dalam kehidupan seharian. Tidak cukup air pada badan buat badan lemah dan kulit kering. Muka pon tak semegah, orang kata.
3. Bagi wanita, bila masa datang bulan. Masa ini wajah tampak pucat dan tak bermaya. Darah banyak keluar dari badan. Tenaga pon tidak ada. Penting tau u ols makan supplemen yang ada zat besi dan multivitamin ni. Ini lah antara sebabnya mengapa perempuan memerlukannya.
4. Kurang 'moisturizer' pada kulit. Sama konsep dengan tidak cukup minum air. Muka cepat kendur dan cepat naik jeragat.
5. Terlalu banyak terdedah dengan cahaya matahari. Sinaran UV boleh merosakkan kulit. Kulit muka jadi 'sunburn' dan lama kelamaan meningkatkan penghasilan melanin. so, kulit makin gelap dan jeragat mula naik. Sebab itu kena guna krim yang ada SPF ye kawan-kawan.
6. Penggunaan kosmetik yang tidak selamat dan tidak sesuai pada kulit. Sekarang banyak sangat kosmetik di pasaran. Antara kita bijak atau tidak memilih saja. Beringat dan belajar, walau nama nya ada lulus KKM, tapi minta la selidik lagi. Seram MJ nak cerita. Dalam post sebelum ini MJ ada cerita cara nak tahu alat kosmetik itu sesuai tak pada wajah kita. Boleh refer balik tau.
dan terakhir, 7. Tidak cukup vitamin kulit. Apa jenis vitamin yang meyerikan kulit? ViotaminC, VitaminE, VitaminA, VitaminB dan Kolagen. Amalan secara konsisten mampu membuatkan wajah u ols berseri-seri.

10 Kesalahan besar bila mencuci muka

10• Menggunakan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit.
Atau pon produk yang mengandungi kimia yang tinggi. Efek nya kita dapat rasa bila muka menjadi pedih.

9• Basuh muka lebih 2 kali sehari. Ia bukan saja menipiskan kulit malah menggalakkan penghasilan lebih banyak minyak muka.

8• Basuh muka dengan air panas. Mitos je basuh muka sebab boleh membuka pori wajah. Pori wajah takde otot. Macam mana nak buka? Unless guna wap.

7• Menggunakan skrub muka yang kasar dan terlalu kerap. Kadar yang dibenarkan 3kali seminggu sahaja.

6• Tidak membilas wajah dengan bersih. Pastikan air basuhan muka dengan banyak dan habis bersihkan semua sabun di wajah. Nanti tak bersih, mula lah naik ruam atau jerawat.

5• Menggunakan bahan kimia yang tak betul. Contoh ada paraben, merkuri, SLS dan bahan kimia lain. Cari produk yang selamat. Dan kalau boleh, drug store produk pon dah elok. MJ bukan support produk tempatan tapi..... ( cikgu kata jangan tulis dalam FB, cakap je depan2) 

4• Tonyoh muka dengan towel. Kan dah cakap, dap dap manja je.

3• Lambat guna moisturizer selepas mencuci muka. Jangan lengah, lepas dap dap dengan towel, terus sapu pelembap. Masa ini sangat efisyen tau. Terus meresap jauh ke tulang 😜😜

2• Cari produk yang kita perlukan sahaja. Basic pencuci wajah, pelembap, toner, serum. Kalau jenis yang malas nak skrub, buat natural skrub. Lenyekkan VitaminC Shaklee, letak air sikit, skrub. Lebih mudah dan tak membazir. Sebab apa tak membazir, sebab kita tak payah beli skrub yang kita tak pasti bila nak guna. Lama-lama expired. Bila dah expired dan tak perasan, tonyoh kat muka, esok bangun pagi muka berkulat. Kikiki.

1• Takut menggunakan minyak.
Minyak bagus untuk kulit walaupan anda mengalami masalh kulit berminyak.
Minyak yang ada dipasaran?
Olive oil, argan oil, almond oil, grapeseed oil. Cuba.. ini antara resepi kulit cantik orang dulu-dulu.

So selamat beramal u ols..
Ingat, kita manusia. Bukan patung. Kulit muka kita bernafas, ada masa ada cela, ada maslah ruam. 
At least kita ada usaha menjaga nya.

#beYOUtiful
#SaintisCantik
#mukatiadaganti

TAZKIRAH : AKHLAK & TAQWA

Yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga ada dua amalan iaitu takwa dan akhlak yang baik.
Yang berkaitan dengan akhlak itu amat jarang ditemukan, bahkan terjadi juga pada orang-orang yang sudah kenal agama. Ada yang sudah lama mengaji, sudah sekian lama duduk di majlis ilmu, namun dia adalah orang yang sering lalaikan amanat. Walaupun penampilannya luarannya kelihatan sangat baik, namun akhlaknya pula tidak murah senyuman dan kasar. Seolah-olah yang dipentingkan adalah penampilan lahiriyah tanpa memperhatikan akhlak yang santun, amanah dan lemah lembut. Padahal seharusnya dengan rajinnya menuntut ilmu dan sudah menjalankan ajaran Rasul semakin terbimbing pada akhlak yang baik. Kerana takwa dan akhlak baik itulah yang mengantarkan pada syurga.
Dari Abu Hurairah,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ « تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ ». وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ فَقَالَ « الْفَمُ وَالْفَرْجُ »
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya mengenai perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, beliau menjawab, “Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.” Beliau ditanya pula mengenai perkara yang banyak memasukkan orang dalam neraka, jawab beliau, “Perkara yang disebabkan kerana mulut dan kemaluan.” (Hadis Riwayat)
Maksud Taqwa
Takwa maksudnya adalah menjadikan antara seorang hamba dan seseutu yang ditakuti suatu penghalang. Sehingga takwa kepada Allah bererti menjadikan antara hamba dan Allah suatu benteng yang dapat menghalangi dari kemarahan, murka dan siksa Allah. Takwa ini dilakukan dengan melaksanakan perintah dan menjauhi maksiat.
Namun takwa yang sempurna kata Ibnu Rajab Al Hambali adalah dengan mengerjakan kewajiban, meninggalkan keharaman dan perkara syubhat, juga mengerjakan perkara sunnah, dan meninggalkan yang makruh. Inilah darjat takwa yang paling tinggi.
Al Hasan Al Bashri berkata,
المتقون اتَّقَوا ما حُرِّم عليهم ، وأدَّوا ما افْتُرِض عليهم
“Orang yang bertakwa adalah mereka yang menjauhi hal-hal yang diharamkan dan menunaikan berbagai kewajipan.”
‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata,
ليس تقوى الله بصيام النهار ، ولا بقيام الليل ، والتخليطِ فيما بَيْنَ ذلك ، ولكن تقوى اللهِ تركُ ما حرَّم الله ، وأداءُ ما افترضَ الله ،فمن رُزِقَ بعد ذلك خيراً ، فهو خيرٌ إلى خير
“Takwa bukanlah hanya sekadar dengan puasa di siang hari atau mendirikan solat malam, atau melakukan kedua-duanya. Namun takwa adalah meninggalkan yang Allah haramkan dan menunaikan yang Allah wajibkan. Siapa yang setelah itu dianugerahkan kebaikan, maka itu adalah kebaikan pada kebaikan.”
Tholq bin Habib mengatakan,
Ibnu Mas’ud ketika menafsirkan ayat bertakwalah pada Allah dengan sebenar-benarnya takwa yang terdapat dalam surat Ali Imran ayat 102, beliau berkata,
أنْ يُطاع فلا يُعصى ، ويُذكر فلا ينسى ، وأن يُشكر فلا يُكفر
“Maksud ayat tersebut adalah Allah itu ditaati, tidak bermaksiat pada-Nya. Allah itu terus diingat, tidak melupakan-Nya. Nikmat Allah itu disyukuri, tidak diingkari.” (Riwayat Al Hakim)
Yang dimaksud bersyukur pada Allah adalah dengan melakukan ketaatan pada-Nya.
Adapun maksud mengingat Allah dan tidak melupakan-Nya adalah selalu mengingat Allah dengan hati pada setiap gerakan dan diamnya, begitu juga saat berucap. Semuanya dilakukan hanya untuk meraih pahala dari Allah. Begitu pula larangan-Nya pun dijauhi. (LihatJaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 397-402)
Maksud Akhlak yang Baik
Dalam hadits Abu Dzar disebutkan,
اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Ikutilah keburukkan dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskan keburukkan tersebut dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Ibnu Rajab mengatakan bahawa berakhlak yang baik termasuk sebahagian dari takwa. Akhlak disebutkan secara bersendirian kerana ingin ditunjukkan pentingnya akhlak. Sebab banyak yang menyangka bahwa takwa hanyalah menunaikan hak Allah tanpa memperhatikan hak sesama. (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 454).
Bahkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan akhlak yang baik sebagai tanda kesempurnaan iman. Dari Abu Hurairah, Rasulullahsallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,