Kentut



Kentut adalah satu tanda bahawa badan anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda. 

Selain itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal. 

Bau yang datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.

Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama
Menurut satu kajian, menghidu kentut orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia. Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

Mungkin akan ada yang berfikir mereka sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda! Bau yang terlampau busuk ini bermaksud diet anda adalah cukup dengan makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat.

Makanan ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.
Satu-satunya masalah yang mungkin datang bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.

Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit...


LOL*

TUJUH_MAHKOTA DUNIA_AKHIRAT



Allah Subhaanahuu wa Ta'aala berfirman: "Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua #Tujuh Buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami." (Al-Mu'minuun, ayat 17)

1). 👑 *MAHKOTA* *ZIKIR*

لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير 

Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa Syariikalahu lahul Mulku wa lahul Hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodiir. 

2). 👑 *MAHKOTA* *TASBIH*

سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته 

Subhaanallah wabihamdihi 'adada holqihi wa Ridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimaatihi.

3). 👑 *MAHKOTA* *DOA*

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار 

Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa 'adzaaban naar 

4). 👑 *MAHKOTA* *ISTIGHFAR*

اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.

Allaahumma Anta Laa ilaaha illaa Anta, Kholaqtani wa anaa abdiKa, wa ana 'alaa 'ahdiKa wa wa'diKa mas tatho'tu, a'uudzu biKa min syarri maa shona'tu, abuu'u laKa binikmatiKa 'alayya, wa abuu'u bidzanbiy, faghfirliy fainnahu laa yaufirudz dzunuuba illaa Anta.

5). 👑 *MAHKOTA* *PERLINDUNGAN*

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.

Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi walaa fis samaa' wa Huwas Samii'ul 'Aliim

6). 👑 *MAHKOTA* *PELEPAS BENCANA*

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين 

Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii kuntu minadz dzoolimiin.

7). 👑 *MAHKOTA* *PENENANG_HATI*

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم 

Laa haula walaa quwwata illaa billaahil 'Aliyyil 'Adziim.

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita...

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu Mahkota tersebut Allah mengangkat segala cubaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA. Aamiin 

Bagikan amalan doa ini dengan niat baik agar lebih banyak lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu. Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta'aala.

Doa hari Jumaat

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*Ya Allah...*
Di hari Jumaat yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami, 
Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami, 
Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami, 
Dosa guru-guru kami, 

*Ya Allah...*
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam golongan para solihin. satukan hati diantara kami dan jauhi sifat dengki dikalangan kami
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. 

*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

TAZKIRAH : ALLAH MAHA KAYA





Di saat kesulitan melanda, di saat hati telah merasa putus asa, yang diharap hanyalah pertolongan Allah. Hamba hanyalah seorang yang fakir. Sedangkan Allah adalah Al Ghoniy, Yang Maha Kaya, yang tidak perlu pada segala sesuatu. Bahkan Allah-lah tempat bergantung seluruh makhluk.
Allah Ta’ala berfirman,
Hai manusia, kamulah yang sangat perlu kepada Allah; dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.” (Surah Fathir: 15)
Dalam ayat yang mulia ini, Allah Ta’ala menerangkan bahawa Dia itu Maha Kaya, tidak perlu sama sekali pada selain Dia. Bahkan seluruh makhluklah yang sangat memerlukan pada-Nya. Seluruh makhluk-lah yang merendahkan diri di hadapan-Nya. 
Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Seluruh makhluk amat memerlukan pada Allah dalam setiap aktivitinya, bahkan dalam diam mereka sekali pun. Secara dzat, Allah sungguh tidak perlu kepada mereka. Oleh kerana itu, Allah katakan bahawa Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji, iaitu Allah-lah yang bersendirian, tidak perlu kepada makhluk-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Allah sungguh Maha Terpuji pada apa yang Dia perbuat dan katakan, juga pada apa yang Dia takdirkan dan syari’atkan.” 
Seluruh makhluk sungguh sangat memerlukan Allah dalam berbagai hal.
Makhluk masih dapat meneruskan hidup itu kerana kurniaan Allah.
Anggota badan mereka begitu kuat untuk menjalani aktiviti itu pun kerana pemberian Allah.
Mereka boleh mendapatkan makanan, rezeki, nikmat lahir dan batin, itu pun kerana kebaikan yang Allah beri. 
Mereka dapat selamat dari pelbagai musibah, kesulitan dan kesengsaraan, itu pun kerana Allah yang menghilangkan itu semua.
Jadi, makhluk amatlah memerlukan Allah dalam penghambaan kepada-Nya, cinta kepada-Nya, ibadah kepada-Nya, dan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya. Seandainya mereka tidak melakukan penghambaan seperti ini, niscaya mereka akan hancur, serta ruh, hati, dan kondisi mereka pun akan binasa. 
Di antara bentuk kekayaan Allah adalah Allah tidak perlu pada ketaatan yang dilakukan oleh orang yang taat. Tidak memudhorotkan Allah sama sekali jika hamba berbuat maksiat. Jika seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini beriman, tidak akan menambah kerajaan-Nya sedikit pun juga. Begitu pula jika seluruh makhluk yang ada di muka bumi kafir, tidak pula mengurangi kerajaan-Nya sedikit pun.
Allah Ta’ala berfirman,
Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya Dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rabbku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (Surah An Naml: 40)
Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Al ‘Ankabut: 6)
Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman, 
“Wahai hamba-Ku, kalau orang-orang terdahulu dan yang terakhir di antara kalian, sekalian manusia dan jin, mereka itu bertaqwa seperti orang yang paling bertaqwa di antara kalian, tidak akan menambah kekuasaan-Ku sedikit pun. Jika orang-orang yang terdahulu dan yang terakhir di antara kalian, sekalian manusia dan jin, mereka itu berhati jahat seperti orang yang paling jahat di antara kalian, tidak akan mengurangi kekuasaan-Ku sedikit pun juga.” (Hadis Riwayat Muslim)

Moga perkongisan ini bermanfaat dan menambahkan ketaatan dan kecintaan kita kepada Allah.

TAZKIRAH : SANGKA BAIK DENGAN ALLAH



Jika tiada rezeki anak,

Mungkin kita diberikan rezeki mertua yang baik hati,

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,

Mungkin diberikan rezeki kesihatan tubuh badan,

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

 Jika tiada rezeki kereta mewah,

Mungkin kita diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah,

Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,

Mungkin kita diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus,

Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

 Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,

Mungkin kita diberikan rezeki pasangan yang baik,

dan pandai menguruskan rumahtanggan,

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala-galanya.

Jika tiada rezeki jodoh dari Allah s.w.t,

Mungkin kita diberikan rezeki umur ibu bapa kita yang panjang,

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya kepada kedua orang tua.

 Dan Jika tiada rezeki hari ini,

Mungkin ada rezeki yang lebih baik pada hari esok,

Maka kita lebih bahagia kerana mendapat rezeki yang tidak dijangka.

Oleh itu,hendaklah kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam segala hal dan perkara yang baik. Sesungguhnya aturan dan perancangan Allah itu lebih baik.

  • Nabi Nuh as, tak pernah tahu bahwa banjir akan datang menyapu negerinya saat dia membuat perahu besar dan ditertawakan kaumnya.
  • Nabi Musa as tak tahu kalau laut akan terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya.
  • Nabi Ibrahim as belum tahu kalau ada domba yang disediakan Allah sebagai pengganti putra kesayangannya Ismail as, sesaat sebelum pisau tajam memenggal leher buah hatinya tersebut.
  • Rasulullah tak pernah tahu bahwa ajarannya akan diterima dan menyebar luas dari kota Madinah, saat beliau diperintahkan hijrah.
  • Semua yang dilakukan oleh Nabi dan Rasul itu hanyalah mengikuti apa yang diperintahkan Allah dengan taat, dengan tetap memiliki prasangka baik dan harapan akan kesudahan yang baik



 Kesimpulan

•Di sebalik ketidak tahuan kita soal rezeki yang seolah-olah misteri, Allah telah menyiapkan kejutan saat kita menunaikan perintahNya.

•Kejutan hikmah Allah biasanya diberi di detik-detik terakhir usaha hamba. Jadi jangan berkecil hati, kecewa atau menyerah jika hidup seolah tak berpihak pada anda. Saat rezeki susah dan problematika kehidupan yang silih berganti menghentam diri.

•Susah itu juga rezeki. Kesusahan yang diberi Allah tujuannya cuma dua, apakah itu berkah agar kita kembali dekat dengan Allah, atau pembelajaran bahawa hidup ini selalu dipergilirkan dan manusia pasti mampu menghadapinya. Kerana Allah takkan memberi masalah yang tak mampu ditanggung manusia.

•Seringkali Allah menunjukkan cintaNya pada kita melalui jalan yang kita tidak suka / benci.

•Tetap husnudzan pada Allah apapun yang terjadi. " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya" (Al Baqarah : 216).

•Rezeki akan menghampiri pada siapa saja yang berperasangka baik pada Sang Pemberi Rezeki. Bukankah Allah sesuai prasangka hambaNya? Jika hamba menyangka Allah Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki yang Adil, maka begitulah adanya. Rezeki yang diusahakannya akan turun, mengalir dengan mudahnya. Kenapa? Kerana prasangka baik yang dimilikinya pada Allah memudahkannya menjalankan usaha dan menguatkannya saat susah datang menerpa.



minyak sawit atau minyak zaitun?

Assalamualaikum u ols. Semenjak saya cuba cut down sugar ni, saya banyak baca dan mengkaji. Cuba cari alternative dalam makanan dan makanan sihat. Cuba sebaik mungkin menolak gula. Tapi ada masa kantoi juga. Rasa sesedut Milo ais kaw dan secalit asikrim okay kan? Kikiki.
Semalam research juga pasal minyak untuk masak. Kena tahu kan. Sebab saya penggemar rancangan memasak. Tapi rancangan memasak jarang cerita pasal the science of cooking. So jom antara kupasan la pasal  minyak masak.
Antara minyak yang ada di dunia. Dan juga yang mana saya sempat baca dan kaji. Banyak rupanya jenis minyak. Yang saya tahu minyak sawit n olive je. Okay, jom kita review sikit.

Antara jenis minyak adalah minyak Kelapa Sawit, Minyak Kelapa, Minyak Jagung, Bunga Matahari, Minyak Zaitun [Olive Oil], Sesame, Avocado, Macadame Oil, dan lainnya.

Tapi yang selalu kita guna untuk menggoreng adalah minyak sawit dan minyak zaitun. Kadang-kadang ada juga yang menggunakan butter kan?
Jom kita tengok satu persatu jenis dan pilih mana yang sesuai untuk kehidupan kita.


Minyak sawit
Minyak kelapa sawit  terdiri dari  lemak tepu.
Keburukkannya, minyak ini tidak boleh digunakan secara berulang-ulang kerana dapat merubah ikatannya menjadi lemak trans. Bahaya untuk kesihatan jantung. Jadi block pada salur jantung nanti.
Kebaikannya ia paling stabil pada suhu panas dan sesuai untuk menggoreng. Tak kira minyak sikit atau deep fry. Sesuai dengan jenis masakan rakyat Malaysia.




Minyak zaitun atau Olive Oil
Olive oil atau yang dikenali dengan minyak zaitun diketahui baik untuk kesihatan. Minyak zaitun mudah terurai oleh suhu.
Kebaikan ,minyak ini dapat meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol jahat) dan menurunkan jumlah kolesterol LDL (kolesterol baik) ada darah.
Olive oil tidak sesuai digunakan untuk memasak. Untuk dressing salad okay je. Atau tumis light-light okay. Goring lama-lama NO NO NO. Mintak zaitun cepat terurau dengan suhu panas. Kalau goring lama-lama, jadi chemical reaction dan cepat hangus. Makanan hangus kan bahaya. Excess hangus lead to cancer.


Butter
Antara sumber lemak yang tinggi. Nak menggorang dengan butter tak sesuai sebab nanti ubah menjadi chemical reaction. Plus, banyak makan butter boleh ke arah obesiti. Lemak tepu yang tinggi. Kalau kita lambat masak, hitam kan jadi butter ni?



TAZKIRAH : TAHAN MARAH




Kita semua pasti akan melalui ketikanya di mana kemarahan kita tidak tertahan lagi. Lalu kita lepaskan kemarahan itu dengan pelbagai cara. Antara cara yang amat mudah dan amat melegakan ialah dengan lisan, iaitu mengeluarkan pelbagai kata-kata sama ada kata-kata kesat, kata perli dan biadap, atau penghinaan terhadap seseorang atau sesiapa sahaja yang menyebabkan kemarahan.
Biasa kita dengar bahawa cara inilah yang banyak mendatangkan kesan buruk - pergaduhan, persengketaan, dendam, pembunuhan, perceraian dan bermacam-macam lagi. Dan biasanya ia akan menjadikan kita 'menyesal'.
Kebiasaannya - saya dan anda - akan cepat menuturkan sesuatu yang dianggap 'melepaskan' kemarahan ketika mana kita marah.
Di sinilah letaknya salah satu daripada cara atau teknik penting untuk kita mengelakkan 'penyesalan' dan banyak perkara negatif hasil daripada tidak mengawal percakapan ketika marah.
Teknik itu ialah - ketika marah, diam sejenak. Diam sejenak bermakna kita sedang menahan marah itu pada ketika kemuncaknya. Bayangkan pada waktu itu kita tuturkan kata-kata tertentu, mungkin ia akan membawa kehancuran dalam hidup, maka kita diam sejenak untuk membiarkan suhu kemarahan itu turun perlahan-lahan.
Teknik ini bukan cadangan saya, tetapi ia ada dalam sebuah hadith - yang diriwayatkan antaranya oleh Imam Ahmad dalam 'al-Musnad' dan juga Imam al-Bukhari dalam 'al-Adab al-Mufrad' :
“ Dan apabila kamu marah, maka diamlah. “

Percayalah, jika anda ingin merasai kebaikan teknik ini, amalkanlah teknik 'diam sejenak' ini dan anda pasti akan merasai kelegaannya dan ia akan membawa kebaikan yang amat banyak dalam hidup anda, insya Allah!

sumber: Ustaz Adlan Abd. Aziz

TAZKIRAH : MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA



Ada seekor katak yang nampak nelayan sedang memancing. Jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan. Katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu.Katak itu beritahu pada ikan supaya jangan makan cacing ni, sebenarnya ini perangkap.
Kalau kau makan juga, ikan akan di tangkap, perut akan di belah, kulit akan dibakar atas api, mereka akan makan sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat .
Tapi ikan ini tak ambil endah teguran si katak dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu, ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas, ikan itu terkejut, dia nampak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar. Dia yakin yang dia akan di bakar, kulitnya akan disiat, perutnya akan dibelah. Ikan itu sangat menyesal.Tapi, tak ada dah peluang untuk kembali dalam air.
Ulama' beri pesanan kepada kita,
Keadaan sama pada kita manusia bila kita sentiasa diberi peringatan dan diberitahu tentang keadaan kita nanti, padang masyhar, balasan neraka, balasan syurga, azab neraka, titian sirat, kita ambil tak endah saja.
Bila sudah mati ,hijab akhirat akan dibuka.Kita nampak manusia yang dibakar atas api. Orang yang akan disiksa kerana melakukan maksiat dan kemungkaran. Seperti mana keadaan ikan telah nampak apa yang berlaku di atas darat.
Tapi sayang. Waktu itu sudah terlambat untuk menyesal. Kita hanya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini.
Moga Allah bimbing kita untuk istiqamah sehingga akhir hayat.




TAZKIRAH : BUSUK BETUL!






"Busuk betul di sini" keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu melihat sahaja kerenah bapanya.
"Aku hairan, sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini masih busuk juga."
Orang tua itu masuk ke dalam rumah.
"Eh, masih busuk juga. Pelik."
Orang tua itu terus marah-marah. Ke mana sahaja dia pergi terhidu bau busuk.
Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, "Ayah, cuba ayah lihat cermin.."
Orang tua itu pun pergi ke depan cermin. Dia terkejut kerana didapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan di kebun pagi tadi.
Patutlah ke mana sahaja dia pergi berbau busuk..rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat lain tetapi tahi yang terpalit pada hidungnya sendiri!

PENGAJARAN:
Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca dari kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang sentiasa berperasangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya.
sumber: SOLUSI isu #5

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berperasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berperasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-car kesalahan orang lain”

[Surah Al-Hujurat : 12]


Rahsia zikir Ya Wahhab



1->Menjadi kaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
Mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2->Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. Ini lah yang saya amalkan semasa berPM dengan customer. Alhamdulillah close sale dan urusan dengan customer lancar sahaja.

3->Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4->Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5->Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6->Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7->Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.

PERINGATAN : AL WAHHAB BUKAN SATU-SATU NYA AMALAN MENJEMPUT REZEKI. TAPI ZIKIR YA WAHHAB ANTARA SALAH SATU AMALAN MENJEMPUT REZEKI. DHUHA, TAHAJJUD DAN SEBAGAINYA JUGA SANGAT HEBAT