TAZKIRAH : PERBAIKI AMALAN




Selepas melakukan kebaikan, kita terkadang memandang rendah orang yang tidak melakukannya. Kita merasa lebih tinggi hanya kerana perbuatan baik tersebut. Hati-hati, perasaan sebegini dapat menghapuskan pahala.

Mutarrif berkata: "Tertidur hingga pagi lalu bangun dalam keadaan menyesal, lebih aku sukai berbanding melakukan qiyam sepanjang malam lalu ujub pada pagi harinya."
Ibn Ataillah berkata: "Maksiat yang menerbitkan perasaan hina dan menyesal lebih baik berbanding ibadah yang melahirkan kesombongan dan takbur."

No comments