TAZKIRAH : MUSIBAH ITU DISEBABKAN MAKSIAT


Saidina Ali bin Abi Tholib –radhiyallahu ‘anhu– mengatakan,
“Tidaklah musibah tersebut turun melainkan disebabkan oleh perbuatan dosa. Oleh itu, tidaklah dapat musibah tersebut hilang melainkan dengan taubat.” (Kitab Al Jawabul Kaafi)
Perkataan Saidina ‘Ali –radhiyallahu ‘anhu– di sini selaras dengan firman Allah Ta’ala,
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy Syuraa: 30)
Oleh itu, sudah sepatutnya setiap hamba merenungkan hal ini. Ketahuilah bahawa setiap musibah yang menimpa kita dan datang menghampiri seluruh kehidupan ini, itu semua disebabkan kerana dosa dan maksiat yang kita lakukan. 
 Allah Ta’ala berfirman,
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar Ra’du: 11)







No comments