TAZKIRAH : MOTIVASI UNTUK SUAMI




Bagaimanakah akhlak suami terbaik?
Suami terbaik adalah yang paling baik pada keluarganya, contohnya selalu membantu urusan isteri di rumah.
Membantu pekerjaan isteri di rumah termasuk bentuk berbuat baik dari suami kepada isteri dan menunjukkan keluhuran akhlak suami.
Cuba kita lihat bagaimanakah contoh dari suri tauladan kita, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam ketika beliau berada di rumah.
Dari Al-Aswad, dia bertanya pada ‘Aisyah, “Apa yang Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan ketika berada di tengah keluarganya?” ‘Aisyah menjawab, “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya membantu pekerjaan keluarganya di rumah. Jika telah tiba waktu solat, beliau berdiri dan segera menuju ke solat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam Syarah Al-Bukhari karya Ibnu Batthol rahimahullah disebutkan bahwa Al-Muhallab menyatakan, inilah pekerjaan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam di rumahnya. Hal ini wujud tanda ketawadhu’an (kerendahan hati) beliau, juga supaya umatnya dapat mencontohinya. Oleh kerana ia termasuk sunnah Nabi, maka hendaklah seseorang dapat saling menguruskan pekerjaan di rumahnya, baik menyangkut perkara dunia dan agamanya.
As-Sindi rahimahullah dalam catatan kaki untuk Sahih Al-Bukhari menyatakan bahawa membantu urusan rumah termasuk kebiasaan (sunnah) orang-orang soleh.
Ketawadhukan inilah yang nanti akan membuat Allah meninggikan darjat. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidaklah seseorang tawadhu’ (merendahkan hati) kerana Allah melainkan Dia akan meninggikan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Yang paling penting lagi, membantu isteri di rumah akan membuat seorang suami makin dicintai.
Ingatlah, suami terbaik adalah suami yang paling baik pada isteri, anak dan keluarganya.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada keluarganya. Aku sendiri adalah orang yang paling baik pada keluargaku.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Semoga kita benar-benar menjadi suami yang soleh dan terbaik di rumah.

No comments