TAZKIRAH : MERAIH SYURGA FIRDAUS


Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa rezeki hanyalah sekadar pada harta dan makanan sahaja. Setiap kita meminta dalam doa mungkin saja kita berfikiran dan berimiginasi seperti itu.
Perlu kita ketahui juga bahawa rezeki yang paling besar yang Allah berikan kepada hamba-Nya adalah syurga di akhirat nanti.
Inilah yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang soleh. Syurga adalah nikmat dan rezeki yang tidak pernah disaksikan oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah tergambarkan dalam benak fikiran. Setiap rezeki yang Allah sebutkan bagi hamba-hamba-Nya, maka umumnya yang dimaksudkan adalah syurga itu sendiri. Hal ini sebagaimana maksud dari firman Allah Ta’ala,
“Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.” (Surah Ath-Thalaq: 11)
Syurga yang paling tinggi adalah syurga Firdaus sebagaimana disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika kalian meminta pada Allah, mintalah pada-Nya syurga Firdaus. Syurga tersebut adalah syurga yang paling utama dan syurga yang paling tinggi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Bagaimanakah cara meraih surga Firdaus tersebut? Ada enam perkara yang boleh sama-sama kita cuba usahakan:
1.Khusyu’ dalam solat.
2.Meninggalkan perkara yang sia-sia.
3.Menunaikan zakat.
4.Menjaga kemaluan kecuali pada isteri sebagai pasangan yang halal.
5.Memegang amanat dan janji.
6.Menjaga solat.

Ini berdasarkan dalil dari surah Al-Mu’minun ayat 1 hingga 11, maksudnya;

1.Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2.(iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya,
3.dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4.dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5.dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6.kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
7.Barang siapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8.Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9.dan orang-orang yang memelihara solatnya.
10.Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11.(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.


Semoga Allah melapangkan kita rezeki di dunia ini dan di surga kelak.

No comments