TAZKIRAH : KETENANGAN SEDEKAH





Sedekah membawa ketenangan, benarkah?  
Allah Ta’ala berfirman,
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. Al-Baqarah: 274)

Faedah yang bisa diambil dari ayat di atas:
•Ayat yang mulia ini membicarakan tentang orang yang bersedekah hartanya siang dan malam sesuai dengan hajat dan maslahat.

•Dianjurkan bersedekah dalam keadaan sembunyi-sembunyi, kadang dalam keadaan terang-terangan.

•Dalam ayat ini didahulukan bersedekah dengan diam-diam, baru disebutkan setelahnya bersedekah dengan terang-terangan. Kerana bersedekah dengan diam-diam itu lebih ikhlas.

•Jika ada keperluan untuk bersedekah terang-terangan, maka lebih afdhal bersedekah terang-terangan misalnya menjadi contoh bagi orang lain atau sebagai pelopor dalam sunnah hasanah (ajaran yang baik).

•Orang yang bersedekah akan mendapatkan ganjaran.

•Pahala bersedekah itu begitu besar kerana pahalanya disandarkan pada Allah.

•Orang yang bersedekah akan selalu tenang, tidak penuh rasa khawatir untuk masa depannya dan tidak bersedih dengan apa yang ia tinggalkan di masa silam.

Semoga faedah ayat ini bermanfaat. Semoga semakin semangat untuk infaq dan bersedekah dalam bulan Ramadhan ini.


Referensi:
Ahkam Al-Qur’an Al-Karim.

No comments