TAZKIRAH : GANDINGLAH TANGAN MEREKA




Pada pagi yang berbahagia ini, mari kita berpikir sejenak. Bayangkan kita berada dalam kumpulan yang Nabi sebutkan ini.
Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah bersabda: "Akan masuk syurga 70,000 orang (atau 700 ribu) daripada umatku sambil bergandingan tangan satu sama lain.” (al-Bukhari dan Muslim)
Alangkah indahnya jika tangan yang kita ganding pada hari itu adalah orang-orang yang kita sayangi semasa di dunia. Suami mengganding tangan isteri ke syurga. Ibu/ayah mengganding tangan anak-anaknya ke syurga. Adik beradik saling bergandingan tangan ke syurga. Indah bukan?
Jika ingin mengganding tangan mereka ke syurga pada hari itu, mulakanlah dengan mengganding tangan mereka ke masjid pada hari ini. Gandinglah tangan mereka ke majlis-majlis ilmu pada hari ini. Gandinglah tangan mereka membaca al-Quran bersama-sama pada hari ini.
Wallahu a'lam.
sumber: Ustaz Umar Muhammad Noor

No comments