TAZKIRAH : TIDAK PERLU MENCARI TANDA LAILATU QADAR





Sebenarnya kita tidak perlu mencari tanda malam lailatul qadar. Cukuplah dengan hanya kita istiqamah beribadah sahaja di sepuluh malam hari terakhir bulan Ramadhan, maka kita akan mendapatkan keutamaan malam yang ada.
Tanda malam lailatul qadar nampak hanya setelah malam tersebut berlalu.
Ibnu Hajar Al Asqolani berkata,
“Ada beberapa dalil yang membicarakan tanda-tanda lailatul qadar, namun itu semua tidaklah nampak kecuali setelah malam tersebut berlalu.” (Fathul Bari, 4: 260)
Di antara yang menjadi dalil perkataan beliau di atas adalah hadits dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata,
“Malam itu adalah malam yang cerah iaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadlan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (Hadis Riwayat Muslim)
Lihatlah, tanda ini baru muncul di pagi hari, setelah melepasi waktu malam.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kemudahan dan kebaikan, tidak begitu panas, juga tidak begitu sejuk, pada pagi hari matahari bersinar tidak begitu cerah dan nampak kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat Ath Thoyalisi dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)
Tanda ini pun sama dengan sebelumnya barulah muncul setelah lailatul qadar berlalu.
Jika demikian, maka tidak perlu mencari-cari tanda lailatul qadar kerana kebanyakan tanda yang ada muncul setelah malam itu terjadi. Yang mesti dilakukan adalah memperbanyak ibadah di sepuluh hari terakhir Ramadhan, nescaya akan mendapati malam penuh kemuliaan tersebut. (Sahih Fiqh Sunnah, 2: 149-150)
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pun tidak mencari-cari tanda, namun beliau memperbanyak ibadah sahaja di akhir-akhir Ramadhan.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam biasa ketika memasuki 10 Ramadhan terakhir, beliau bersungguh-sungguh dalam ibadah (dengan meninggalkan isteri-isterinya), menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah, dan membangunkan isteri-isterinya untuk beribadah.” Muttafaqun ‘alaih. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lebih rajin di akhir Ramadhan lebih dari hari-hari lainnya, sebagaimana disebutkan dalam hadits,
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Lalu jangan lupa perbanyak doa ampunan pada Allah di akhir-akhir Ramadhan. 
Dari Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
“Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang mesti aku ucapkan saat itu?” Beliau menjawab, ”Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).” (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Semoga bermanfaat. Semoga kita semakin semangat di akhir-akhir Ramadhan.

Sumber: Muhammad Abduh Tuasikal

TAZKIRAH : PENJELASAN JAKIM: SAMBUTAN HARI KEKASIH




Inline image 1


Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,
Inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day pada Jumaat.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.
“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan di luar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.
Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi. Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.
“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.
Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.
Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.
“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.
“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

sumber :


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



Sepuluh Wasiat Rasulullah

عَنْ مُعَاذٍ قَالَ أَوْصَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَشْرِ كَلِمَاتٍ قَالَ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ شَيْئًا وَإِنْ قُتِلْتَ وَحُرِّقْتَ وَلَا تَعُقَّنَّ وَالِدَيْكَ وَإِنْ أَمَرَاكَ أَنْ تَخْرُجَ مِنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ وَلَا تَتْرُكَنَّ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَإِنَّ مَنْ تَرَكَ صَلَاةً مَكْتُوبَةً مُتَعَمِّدًا فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ ذِمَّةُ اللَّهِ وَلَا تَشْرَبَنَّ خَمْرًا فَإِنَّهُ رَأْسُ كُلِّ فَاحِشَةٍ وَإِيَّاكَ وَالْمَعْصِيَةَ فَإِنَّ بِالْمَعْصِيَةِ حَلَّ سَخَطُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِيَّاكَ وَالْفِرَارَ مِنْ الزَّحْفِ وَإِنْ هَلَكَ النَّاسُ وَإِذَا أَصَابَ النَّاسَ مُوتَانٌ وَأَنْتَ فِيهِمْ فَاثْبُتْ وَأَنْفِقْ عَلَى عِيَالِكَ مِنْ طَوْلِكَ وَلَا تَرْفَعْ عَنْهُمْ عَصَاكَ أَدَبًا وَأَخِفْهُمْ فِي اللَّهِ

Dari Mu'adz bin Jabal berkata; "Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara.  Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar.  Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu.  Janganlah kamu meninggalkan solah fardu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T.  Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T.  Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T." (HR Ahmad No: 21060).  Status: Hassan

Pengajaran:

10 wasiat Rasulullah:

1.  Tidak melakukan syirik walaupun engkau dibunuh

2.  Tidak mendurhakai ibu bapa meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu 

3.  Tidak meninggalkan solat fardhu dengan sengaja kerana  dia terlepas daripada tanggungjawab Allah 

4.  Tidak minum arak (sesuatu yang memabukkan) kerana ia punca segala maksiat

5.  Tidak melakukan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah

6.  Tidak lari dari medan perang walaupun semua rakan kamu telah terbunuh

7.  Tidak berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya 

8.  Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan

9.  Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak (dalam mendidik jika mereka melakukan larangan) sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. 

10.  Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah (tanamkan rasa takut kepada Allah dalam diri mereka).

Ayuh pelihara wasiat Rasulullah.


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



Amalan Soleh Anak 

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَلِي أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ

Dari 'Aisyah, bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW, katanya, "Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan saya kira jika dia dapat berbicara dia akan bersedekah, apakah saya juga akan mendapatkan pahala jika saya bersedekah atas namanya?" baginda menjawab: "Ya." (HR Muslim No: 3082) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Anak yang soleh akan sentiasa berbakti untuk kedua ibu bapanya.

2.  Anak yang soleh masih boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

3.  Pahala amal soleh yang dilakukan oleh sianak akan turut diperolehi oleh kedua ibu bapa antaranya sedekah yang diniatkan untuk kedua ibubapanya yang beriman.

Semoga amal soleh yang dilakukan oleh anak yang soleh turut menyumbang ganjaran amal baik untuk kedua ibubapanya yang telah pergi.


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibubapa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَعْرَابِ لَقِيَهُ بِطَرِيقِ مَكَّةَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ وَحَمَلَهُ عَلَى حِمَارٍ كَانَ يَرْكَبُهُ وَأَعْطَاهُ عِمَامَةً كَانَتْ عَلَى رَأْسِهِ فَقَالَ ابْنُ دِينَارٍ فَقُلْنَا لَهُ أَصْلَحَكَ اللَّهُ إِنَّهُمْ الْأَعْرَابُ وَإِنَّهُمْ يَرْضَوْنَ بِالْيَسِيرِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَبَا هَذَا كَانَ وُدًّا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ

Dari 'Abdullah bin 'Umar dia berkata; "Seorang laki-laki desa bertemu dengannya di salah satu jalan di kota Mekah. Lalu 'Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas keldai yang dinaikinya, dan diberinya serban yang sedang dipakainya di kepala." Kata Ibnu Dinar; "Maka kami berkata kepada 'Abdullah bin 'Umar; 'semoga Allah membalas kebaikan anda. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana." Jawab 'Abdullah; "Bapa orang ini adalah sahabat baik 'Umar bin Khaththab. Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturrahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya." (HR Muslim No: 4629) Status: Sahih

Pengajaran:

1.  Berbuat baik kepada kedua ibu bapa perlu berterusan, walaupun selepas keduanya meninggal dunia.

2.  Selain daripada mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa, seorang anak juga disuruh menghubungkan silaturahim dengan keluarga  dan sahabat ibu bapa.

3.  Berbuat baik dengan sahabat baik ibu bapa juga adalah antara cara berbakti kepada ibubapa yang telah meninggal dunia.

Semoga kita sentiasa berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia dengan cara menghubungkan silaturahim keluarga dan sahabat handai ibu bapa. 


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS



Tiga Golongan Mustajab Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hasan

Pengajaran:

1.  Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

2.  Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

3.  Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

a.  Doa dari orang yang dizalimi
b.  Doa orang yang  sedang bermusafir
c.  Doa dua ibu bapa kepada anak

4.  Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita

Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir dan dari kedua ibubapa kerana doa mereka mustajab.

Amalan tidur yang mengikut sunnah

Amalan tidur yang mengikut Sunnah.


Sabda Rasullah Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (HR Al-Bukhari no 247 dan Muslim no 2710). Salah satu adab tidur adalah mengiring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nadi ini ternyata banyak sekali hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil dari sisi kesihatan.


Berikut adalah manfaat Tidur menghadap kiblat atau mengiring ke sebelah kanan.


1. Merehatkan otak sebelah kiri.

Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu kanan dan kiti, Bahagian kanan  otak adalah bahagian yang "memegang" organ badan sebelah kiri dan sebaliknya. Umumnya kita menggunakan organ tubuh  sebelah kanan sebagai anggota tubuh yang dominan seperti makan, memegang barang, menulis dan lain-lain.
Dengan tidur pada posisi sebelah kanan, maka otak bahagian kiri yang "memegang" organ badan sebelah kanan akan terhindar dari bahaya yang timbul akibat perjalanan darah yang lambat saat kita tidur.
Bahaya tersebut meliputi pemendapan bekuan darah, lemak, sisa oksidasi dan peningkatan mendadak atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah. Sehingga jika seseorang berisiko terkena stroke, maka risiko terkena stroke adalah otak bahagian kanan, denghan akibat kelumpuhan pada sebelah kiri ( bahagian yang tidak dominan)





2. Mengurangkan beban jantung

Posisi tidur sebelah kanan yang rata, memungkin kan darah tersebar ke seluruh tubuh dan tertumpu di sebelah kanan. Hal ini akan menyebabkan beban aliran darah yang masuk dan keluar jantung lebih rendah. posisi ini menyebabkan tekanan darah juga menurun. ini akan membantu kualiti tidur kita.
Tidur mengiring ke kanan membuatkan jantung kita tudak tertimpa dengan organ lain. Ini kerana posisi jantung yang lebih condong berada di sebelah kiri. tidur tertumpu pada posisi sebelah kiri menyebabkan peredaran jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke dalam atrium juga banyak di sebabkan paru-paru kanan berada di atas. sedangkan paru-paru kanan mendapatkan darah yang lebih berbanding paru-paru sebelah kiri.



3. Merehatkan lambung

Lambung manusia berbentuk seperti tabung berbentuk koma dengan ujung katup keluaran menuju usus menghadap arah kanan bawah. Jika seseorang tidur sebelah kiri, maka proses peluaran chime (makanan yang telah di cerna oleh lambung dan bercamour dengan asam lambung), akan sedikit terganggu, hal ini akan melambatkan proses pengosongan lambung.

hal ini pada akhirnya akan meningkatkan akumulasi asam yang akan menyebabkan aerosi dinding lambung. posisi ini juga akan menyebabkan cairan usus yang bersifat basa bias masuk balik ke lambung dengan akibat erosi dinding lambung dekta ptlorus.



4. Meningkatkan pengosongan pada hempedu dan pankreas.

Adanya aliran chime yang lancar menyebabkan keluaran cairan hempedu juga meningkat. hal ini akan mencegah pembentukan batu karang hempedu. keluaran getah pancreas juga akan meningkat.



5. Meningkat waktu penyerapan zat gizi.

saat tidur pergerakan usus meningkat. dengan posisi sebelah kanan, maka perjalanan makan yang telah tercerna dan siap di serap akan menjadi lebih lama. hal ini disebabkan posisi usus halus hingga posisi usus besar di baah. waktu yang lamam sealamt tidur memungkinkan penyerapan bias optimal



6. Merangsang buang air besar.

dengan tidur posisi kanan, proses pengisian usus bersar dan lebih cepat penuh. jika sudah penuh, usus akan merangsang untuk bergerak ke anus untuk membuang air besar.



7. Merehatkan kaki kiri

pada orang dengan pergerakan kanan, secara ergonomik guna menyeimbangkan posisi saat beraktiviti cenderung menggunakan kaki kiri sebagai pusat bebanan, sehingga kaki kiri biasanya cenderung lebih merasa pegal dari kanan, apalagi kaki menempati posisi paling bawah. dan aliran darah di kaki untuk kembali cenderung lebih lambat jika tuidur mengiring ke kanan, makan pengosongan vena kaki kiri akan lebih cepat sehingga rasa pegal lebih cwepat hilang



8. Menjaga kesihatan paru-paru

paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru sebel;ah kanan. jika tisur mengiring ke sebalh kanan, jantung akan condong ke sebelah kanan. hal ini tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan lebih besar.



9. Menjaga saluran pernafasaan.

tidur mengiring ke kanan mencegah jatuhnya lidah ke pangkal yang dapat mengganggu saluran pernafasa. tidur dengan posisi terlentang, mengakibatkan saluran pernafasan terhalang oleh lidah. yang juga mengakibatkan seseorang berdengkut. orang yang berdengkur ketika tidur, menyebabkan kekurangan oksigen. bahkan kadang2 boleh mengakibatkan terhentinya nafas untuk beberapa ketika yang akan membangunkan anda dari tidur. orang tersebut, biasanya bangun denghan keadaan pusing kerana oksigen berkurangan ke otak. tentunya ia menggangu kualiti tidur.





Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty



TAZKIRAH : TANDA AMALAN PUASA RAMADHAN DITERIMA



Apakah antara tanda amalan puasa Ramadhan diterima?
Cuba kita gali dari perkataan ulama, Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berikut. Ketika membicarakan faedah melakukan puasa Syawal, beliau rahimahullah berkata,
“Kembali lagi melakukan puasa setelah puasa Ramadhan, itu tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Kerana Allah jika menerima amalan seorang hamba, Allah akan memberi taufik untuk melakukan amalan soleh setelah itu. Sebagaimana dikatakan oleh sebahagian ulama, ‘Balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya.’ Oleh kerana itu, siapa yang melakukan kebaikan lantas diikuti dengan kebaikan selanjutnya, maka itu tanda amalan kebaikan yang pertama diterima. Sedangkan yang melakukan kebaikan lantas setelahnya malah ada keburukkan, maka itu tanda tertolaknya kebaikan tersebut dan tanda tidak diterimanya.”
(kitab Lathaif Al-Ma’arif)

Salah satu pelajaran yang bisa kita petik adalah dari perkataan,
“Balasan dari kebaikan adalah kebaikan setelahnya.”

Atau perkataan yang lainnya yang diutarakan oleh Ibnu Katsir ketika membahas tafsir surat Al-Lail,
“Di antara balasan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya dan di antara balasan keburukkan adalah keburukkan selanjutnya.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim)

Bererti tanda amalan Ramadhan kita diterima adalah menjadi lebih baik selepas Ramadhan atau minimum menjaga kebaikan yang telah ada. Contoh kebaikan yang dilakukan setelah Ramadhan adalah puasa Syawal. Tanda amalan kita di bulan Ramadhan tidak diterima adalah setelah Ramadhan tidak lagi ada kebaikan, bahkan sampai meninggalkan kewajipan seperti kewajiban solat lima waktu.
Dan ingat, para salaf selama 6 bulan mereka berdoa supaya dapat berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan dan 6 bulan lagi yang berbaki mereka berdoa supaya amalan mereka diterima.
Semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal










<div class="m_-2338368855997199647gmail-m_3412668733273685656gmail-m_8614021124831385272gmail-m_-8748491784174438347gmail-m_1396095051993251563gmail-m_4568727895709583378gmail-m_-7306852262860004782gmail-m_-808731772363480288gmail-m_8909575486533273225gmail-m_355911896131736660gmail-m_-2514999380425413325gmail-m_-2430210743584648207gmail-T-I m_-2338368855997199647gmail-m_3412668733273685656gmail-m_8614021124831385272gmail-m_-8748491784174438347gmail-m_1396095051993251563gmail-m_4568727895709583378gmail-m_-7306852262860004782gmail-m_-808731772363480288gmail-m_8909575486533273225gmail-m_355911896131736660gmail-m_-2514999380425413325gmail-m_-2430210743584648207gmail-J-J5-Ji m_-2338368855997199647gmail-m_3412668733273685656gmail-m_861

Doa rahsia Allah.



Bila bangun pagi, saya mesti doa yang baik-baik. Doa kepada diri dan keluarga. Semua yang baik-baik dan indah belaka.

Tapi antara doa saya,(menjurus kearah bisnes)
"Ya Allah, Kau berikan aku sales 200uv hari ini"

Ya, doa saya spesifik. Sebab itu yang saya nak. Bagi saya, biar minta lebih. Jangan kurang. Kalau dapat kurang, menyesal pula doa macam tu. 😜

Dan hari ini Allah makbulkan doa saya.

Bukan 200uv yang saya dapat, tapi 256uv.

Saya ada baca satu buku, antara isi kandungan ada sebut. Biar doa. Dapat tak dapat, tu belakang kira. Tapi yang penting kita doa. Tawasul dengan Allah SWT.

Gambar bukan pose wajib MLM.
Ini duit yang dapt hasil jualan hari ini.

Vivix 2
Herbal blend 1
Vitaminc 1

Radiant set SHAKLEE

Radiant Set.
FREE MEMBERSHIP
FREE POSTAGE
CASH REBATE

#OmegaGuard promo 
#ShakleeHomeCare
#Homecare
#ImmuneBooster
#FreeEczema
#FreeParaben
#PencuciBotolSusu
#SuperDetox
#Vivix
#Enfuselle
#KulitCantik 
#KulitJerawat 
#SkinCare
#ShakleeUM 
#ShakleePPUM 
#ShakleeSubangBestari
#ShakleeSgBesi 
#ShakleeTTDIJaya 
#ShakleeBukitJelutong
#ShakleeTUDMSubang
#ShakleeKampungMalaysia 
#ShakleePetalingJaya 
#ShakleeKuchaiLama 
#ShakleePetalingIndah
#ShakleeLakeFields
#ShakleeShahAlam 

TAZKIRAH : SUKAR NAK TERIMA UJIAN ATAU MUSIBAH YANG BERLAKU, BEGINI CARANYA




Kenapa Allah suka uji dan duga macam-macam?
Nak buat baik pun diuji. Nak laksana ketaatan pun banyak halangan.
Bukankah Allah janji akan beri bantuan bila hamba-Nya memerlukan?
Bukankah bersama kebenaran adanya rahmat Tuhan?
Jadi, mengapa ujian-Nya bagaikan tak pejam!
Allah ya Allah. Kenapa ya Allah?
Rintih sekeping hati. Yang sakit. Yang pedih. Ujian Allah terhadapnya dirasakan perit. Dia begitu berhajat kepada kebaikan. Dia begitu bersemangat mahu memulakan perubahan.
Di saat hati mulai positif mencipta senyuman keyakinan, Allah pula mengujinya dengan cara sedemikian. Cara – yang sukarnya untuk dia sebagai hamba, fahamkan.
Mengapa wahai Allah?
Sabarlah wahai hati. Selagi kita ini hidup, memang tidak akan terlepas daripada ujian. Manusia yang mengerjakan kemungkaran pun diuji, inikan pula kita yang mahu mengerjakan ketaatan. Senang kata, duduk goyang kaki saja pun akan ada ujian yang datang menyapa. Tanpa diundang, ia bertandang. Tanpa dicita, ia menerpa.
Hidup, bagaikan perjalanan. Ada masa… jalan yang kita lalui itu landai. Mendatar saja. Tak perlu guna banyak tenaga. Kita akan tenang melaluinya. Namun, yang namanya kehidupan tidak selalu senang.
Ada fasa turun dan naiknya. Ada masa-masanya, kita akan jadi ‘terpaksa’ dan bagaikan ‘dipaksa’. Diujinya kita untuk ‘rela’ dalam melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Dikerahnya kita, mengharungi belantara. Dipaksanya kita, meredah gunung-ganang yang tinggi dan curam!
Bayangkanlah. Tanpa motivasi untuk ‘bertemu’ apa di puncak sana, mana mungkin kudrat kita ini mampu untuk bertahan. Kita akan cepat penat dan terpanggil untuk ‘berlama-lama’ berehat.
Kesabaran pula kian tercabar bila tempoh yang diambil untuk tiba di puncak memakan masa terlalu lama. Padahal, kita rasa sudah jauh benar diri melangkah.
‘Duhai Allah…aku sudah jauh berjalan. Tapi, mana dia ‘puncak’ yang Kau janjikan?
Apa masih tidak cukup usaha yang aku perjuangkan?
Atau memang…sebenarnya aku ini tidak layak untuk memperjuangkan kebenaran?
Tidak berhakkah aku berhijrah kepada kebaikan?’
Hati berterusan merintih.
Adakah Allah sebenarnya sengaja menyeksa kita?
Allah tak tahukah betapa kita sebenarnya sudah keletihan yang amat?
Bukankah Allah itu Maha Pengasih dan jauh lebih memahami apa yang hamba-Nya ini alami?
Lalu, mengapa Dia menguji begini?
Kita dihurung pertanyaan demi pertanyaan.
Cara Allah memberi sayang
Jarang manusia mampu melihat kasih-sayang Allah. Kalau kita kata kita sayang diri kita, fokus kita cuma mahu segera sampai ke puncak sana. Kita begitu kasihankan diri yang sudah kepenatan mendaki. Lalu, prioriti kita cuma mahu segera sampai dan berehat.
Namun, tidak pada Allah. Allah sengaja mahu kita berpenat-penat kerana dengan kudrat usaha, tenaga, pengorbanan, kesabaran dan ketabahan kita itulah yang akan membantu mengangkat  darjat kita di dunia dan akhirat kelak.
Percayalah, Allah tahu kemampuan setiap hamba-Nya. Besar keprihatinan kita terhadap diri kita, besar lagi kasih-sayang Allah kepada kita. Kita diuji bukan saja-saja. Allah mahu kita mempersiapkan diri untuk ujian yang lebih besar di kemudian hari.
Allah mahu kita matang dan jadi seorang yang berpengalaman. Maka yang demikian, bersyukurlah  ketika menghadapi ujian yang terasa berat, membebankan, menyerabutkan  dan menyeksakan itu. Allah tahu kamu mampu. Allah tahu kita mampu!
Memang mengerjakan ketaatan pada-Nya adalah satu cabaran! Jadi, bila kita diuji dengan sedikit kesusahan… sedarlah,
Allah sebenarnya menyediakan lebih banyak hikmah di balik kesulitan yang kita hadapi. Kuncinya cuma satu – Sabar!
Ubah cara fikir; teliti untuk tafsir
Dalam mengerjakan ketaatan, Allah tidak pernah menjanjikan bahawa kita ini akan terlepas daripada ujian dan cubaan. Malah, bila difikirkan… di pentas kebenaranlah paling lebat ujiannya! Bukankah jelas Allah sebut dalam al-Quran, ‘tidak Aku biarkan manusia mengatakan dirinya beriman selagi tidak diuji?’
Rasulullah sendiri menerima terlalu banyak ujian dan dugaan seumur hidupnya walhal baginda mengerjakan suruhan-Nya!
Nah. Mengapa tidak kita jadikan pesan peringatan dan ibrah sirah nabi tersebut sebagai motivasi untuk memperkukuh kesabaran? Bukankah Allah menawarkan pahala? Syurga?
Dan yang paling bernilai… Allah sebenarnya sedang ‘mempromosikan’ redha dan rahmat-Nya kepada kita! Tinggal kita saja harus berbuat keputusan sama ada mahu atau tidak.
Duhai diri pencinta kebaikan, ubahlah cara fikir dan belajarlah meneliti bila mentafsir. Usahalah untuk menyelami perasaan ‘semakin diuji, semakin mendekat pada Ilahi’.
Teruskan bersangka baik dan berlapang dada saat teruji. Cukup kita tahu, Allah itu tidak pernah ‘berehat’ daripada menguji kita. Ujian-Nya bahkan tanda cinta untuk kita bersegera selalu meluah syukur dan adu istighfar hanya ke hadrat-Nya.
Yakini selalu. Andai niat kita betul, lillahitaala – Allah akan permudahkan segalanya, insya-Allah. Adapun, kemudahan yang Allah beri itu tidak semestinya seperti apa yang kita bayang dan harapkan.
Jangan risau. Allah Ar-Rahman. Allah Ar-Rahim. Takkanlah Allah nak hampakan niat baik hamba-Nya yang dalam proses mahu memperkukuh hubungan terhadap-Nya kan?

Allah sedang ‘membina’ tempat kita di syurga.
Allah sedang ‘membawa’ kita dekat pada-Nya.
Jadi…bersabarlah ya. Minta yang terbaik daripada Allah.

Penulis: Ana Rohani




Amazing golden for HIM

Amazing golden set for HIM
FREE MEMBERSHIP
FREE POSTAGE
CASH REBATE ~RM50

#OmegaGuard promo 
#ShakleeHomeCare
#Homecare
#ImmuneBooster
#FreeEczema
#FreeParaben
#PencuciBotolSusu
#SuperDetox
#Vivix
#Enfuselle
#KulitCantik 
#KulitJerawat 
#SkinCare
#ShakleeUM 
#ShakleePPUM 
#ShakleeSubangBestari
#ShakleeSgBesi 
#ShakleeTTDIJaya 
#ShakleeBukitJelutong
#ShakleeTUDMSubang
#ShakleeKampungMalaysia 
#ShakleePetalingJaya 
#ShakleeKuchaiLama 
#ShakleePetalingIndah
#ShakleeLakeFields
#ShakleeShahAlam