TAZKIRAH : PENJARA BAGI KITA, NIKMAT DI SANA

TAZKIRAH : PENJARA BAGI KITA, NIKMAT DI SANA

Dunia itu penjara bagi orang beriman. Apa maksudnya?

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ »
Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.
(Hadis Riwayat Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah dalam Syarh Sahih Muslim menerangkan,
“Orang mukmin terpenjara di dunia kerana mesti menahan diri dari pelbagai syahwat yang diharamkan dan dimakruhkan. Orang mukmin juga diperintah untuk melakukan ketaatan. Ketika dia mati, barulah dia rehat dari hal itu. Kemudian dia akan memperoleh apa yang telah Allah janjikan dengan kenikmatan dunia yang kekal, dan mendapatkan peristirahatan yang jauh dari segala sifat kekurangan.Manakala orang kafir, dunia yang mereka perolehi sedikit atau pun banyak, ketika ia meninggal dunia, ia akan mendapatkan azab (siksa) yang kekal abadi.”
Al-Munawi rahimahullah dalam Mirqah Al-Mafatih menjelaskan,
“Dikatakan dalam penjara kerana orang mukmin terhalang untuk melakukan syahwat yang diharamkan. Sedangkan keadaan orang kafir adalah sebaliknya sehingga seakan-akan ia berada di syurga.”
Jadi bersabarlah dari maksiat dengan menahan diri. Kerana dunia ini adalah penjara bagi kita di dunia. Di akhirat kita akan peroleh balasannya.

No comments