TAZKIRAH : JANGAN SEKADAR TAHU TAPI TAK SEDAR

TAZKIRAH : JANGAN SEKADAR TAHU TAPI TAK SEDAR

"Yela, yela! Aku tahu la. Tak payah nak ckp lagi!!"

Ha..kali ini kita akan melihat. Ada bezakah TAHU dengan SEDAR. Seperti contoh dialog di atas, ramai orang menunjukkan pengeTAHUan yang mantap dalam halal haram agama. Namun begitu, ramai yang tidak SEDAR akan sifat tidak ambil peduli mereka terhadap perkara agama tersebut.

Mari kita lihat contoh ini..ada orang yang TAHU bahawa Allah Maha Melihat, yang maksudnya, Allah sentiasa melihat kita. Tetapi, dia tidak SEDAR akan hakikat dirinya sentiasa dilihat Allah. Umpamanya, dia mencuri sesuatu walhal dia tidak SEDAR yang pada masa itu juga Allah sedang melihatnya dan boleh sahaja jika Allah mencacatkan tangannya pada masa yang sama.

Ramai juga TAHU bahawa meninggalkan solat membawa dosa yang besar. Namun, adakah mereka SEDAR bahawa perbuatan tersebut benar-benar mendatangkan dosa besar? "Ala..sekali sekala aje.." Sekali sekala?? Jangankan kerana sekali itulah, kita terpaksa memijak lantai neraka terlebih dahulu di akhirat kelak.

Di samping itu, ramai juga yang TAHU bahawa ada malaikat yang sentiasa mencatat keburukan dan maksiat yang dilakukan. Tetapi, mereka tetap melakukan yang tidak baik seperti minum arak, berkhalwat, berzina, berjudi..dotdotdot..kerana mereka tidak SEDAR bahawa mereka sedang diawasi dengan ketat daripada pengawasan penjara! Mereka tidak SEDAR yang segala maksiat itu pastinya ditulis dan jika tidak diampunkan..innalillah.

Maka, kerana itulah, kempen keSEDARan selalu diadakan dalam usaha untuk memberi keSEDARan kepada umat manusia. Sejauh mana pula kejayaan kempen-kempen tersebut? Wallahualam.
Kita perlu berusaha membuat diri kita SEDAR akan hakikat kehidupan kita. Apa yang baik? Apa yang buruk? Kita selalu tahu...adakah kita SEDAR?? Ingatlah~

sumber: blog tazkirah

No comments