"7 Strategies for Dealing with Negative People"

Artikel menarik saya jumpa pagi ni di Twitter, "7 Strategies for Dealing with Negative People"

1- Tentukan sempadan
Jangan rasa wajib nak dengar keluh kesah orang yang negatif. Waktu kita akan terbuang, emosi kita akan terganggu. Hadkan interaksi dengan mereka. Kita tak boleh kawal perangai mereka, tapi kita boleh kawal tindakan kita sendiri.

2- Jauhkan diri
Orang yang suka komplen ni mereka tak ada solusi, cuma ada rungutan saja. Kurangkan bersosial dengan mereka, atau jauhkan diri terus. Mereka tidak akan beri nilai tambah pun dalam hidup kita.

3- Jika anda bos, kenalpasti staf yang negatif dan hmmm terminate saja
Satu orang yang negatif boleh berjangkit dengan ramai orang lain di tempat kerja. Boleh jadi toksik kepada persekitaran dan budaya di tempat kerja. Buang saja yang toksik ini.

4- Choose your battle
Tak perlu nak berlawan setiap kali kita tak setuju dengan sikap negatif mereka itu. Usah peduli dan jalan terus. Kalau dilayan nanti nampak macam kita pula yang suka bergaduh.

5- Tak perlu menganalisa situasi dan perangai mereka
Kawal emosi dan usah terbawa- bawa dengan sikap negatif orang lain. Rugi masa dan tenaga sahaja.

6- Berkawan dengan mereka yang positif untuk sokongan
Kita perlu ada kawan- kawan terdekat yang positif untuk ingatkan kita supaya tidak terbawa- bawa dengan sikap negatif orang lain. Kawan- kawan yang positif boleh beri pandangan yang lebih baik apabila kita sudah tidak rasional lagi berhadapan dengan situasi begini.

7- Stay positive
Bila kita positif, tenang dan bahagia, sukar untuk orang yang negatif ni menembusi fikiran dan emosi kita. Pastikan kita sendiri stabil dan boleh berfikir dengan waras, baru lah kita boleh handle situasi yang melibatkan orang yang negatif.

Teringat pesan Prof. Muhaya, biarlah dunia dalaman kita (fikiran, emosi) mengawal dunia luaran kita (tindakan, sikap). Pokoknya DIRI KITA SENDIRI. Kalau kita pun jenis negatif, memang senang jadi magnet untuk orang negatif yang lain melekat dalam kepala kita setiap hari.


No comments