TAZKIRAH : JOM HIJRAH!

TAZKIRAH : JOM HIJRAH!



Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhubeliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Setiap manusia pernah berbuat salah. Namun yang paling baik dari yang berbuat salah adalah yang mahu bertaubat.

(Hadis Hasan Riwayat: Tirmidzi no. 2499; Ibnu Majah, no. 4251; Ahmad, 3: 198)



Kata Ibnu Rajab dalam Fathul Barinya, yang dimaksud at-tawwabun adalah:


أَيْ الرَّجَّاعُونَ إِلَى اللَّهِ بِالتَّوْبَةِ مِنْ الْمَعْصِيَةِ إِلَى الطَّاعَةِ .

“Orang yang mahu kembali kepada Allah dari maksiat menuju ketaatan."

Maksudnya, mahu berhijrah dari lembah kemaksiatan pada masa lalu dan menjadi lebih baik pada saat ini.



Tentu saja hijrah tersebut haruslahtulus kerana Allah …


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya).”

(Surah At Tahrim: 8)



Ibnu Katsir menerangkan mengenai taubat yang tulus sebagaimana diutarakan oleh para ulama, “Taubat yang tulus iaitu dengan menghindari dosa untuk saat ini, menyesali dosa yang telah lalu, bertekad tidak mengulangi dosa itu lagi di masa akan datang. Lalu jika dosa tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ia harus menyelesaikannya atau mengembalikannya.” (Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim, 7: 323).



Siapa saja yang hendak berhijrah, pasti Allah akan menerima hijrahnya.



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Az Zumar: 53).



Bagaimana Agar Dapat Istiqamah dalam Berhijrah?

Ingatlah, jika kita memperoleh istiqamah, itulah suatu kurniaan yang besar dari sisi Allah. Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah disampaikan oleh muridnya Ibnul Qayyim dalam Madarij As-Salikin,

أَعْظَمُ الكَرَامَةِ لُزُوْمُ الاِسْتِقَامَةِ

“Karamah yang paling besar adalah dapat terus istiqamah.”



Cara agar dapat terus istiqamah adalah:



1.       Harus dimulai dengan niat yang ikhlas.

2.       Meninggalkan maskiat dahulu yang dilakukan.

3.       Bertekad untuk jadi lebih baik.

4.       Mencari lingkungan pergaulan yang baik.

5.       Berusaha untuk terus menambah ilmu melalui majlis-majlis ilmu.

6.       Memperbanyakkan doa.



Bila kita perlu berhijrah?

Allah Ta’ala menyeru kita,



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.
(Surah Ali Imran: 133)



Dalam ayat di atas disuruh bersegera bertaubat. Ini bermaksud disuruh pula untuk segera meninggalkan maksiat dan raihlah ampunan Allah. Ini juga mempunyai maksud yang sama yang berisi perintah untuk segera berhijrah.



Imam Asy-Syaukani dalam Fath Al-Qadir menyatakan,

سارعوا إلى ما يوجب المغفرة من الطاعات

“Bersegeralah meraih ampunan Allah dengan melakukan ketaatan.”



Semoga kita memperoleh semangat untuk terus berhijrah menjadi lebih baik mulai hari ini dan akhirnya terus istiqamah.

No comments