Nafas berbau

NAFAS BERBAU buat kita hilang mood nak bercerita. Kalau boleh nak cepat-cepat habiskan ayat dan berlalu pergi.

Ramai yang mempunyai masalah nafas berbau ni, tapi mereka tak ambil langkah mengatasinya.

Hari ini saya kongsikan tips dan cara untuk elakkan nafas berbau;
1. Gunakan ubat gig berflorida untuk kawal karang (plak) gigi dari bersarang.
2.    Pilih ubat gigi pudina kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan rongga hidung. Kesannya ia akan kurangkan atau hilangkan nafas berbau dan menyegarkan pernafasan.
3.    Gunakan dental floss (banyak terdapat di farmasi) untuk membersihkan lebihan makanan yang terselit di celah gigi. Makanan terkumpul yang tidak dibersihkan akan bertindak balas dengan enzim air liur dan yang menyebabkan nafas berbau.
4.    Berhati-hati memilih makanan. Elakkan makanan yang terlalu banyak bawang, bawang putih, makanan dengan kandungan lemak yang tinggi dan minuman beralkohol.
5.    Makan ulam yang tak meninggalkan bau seperti ulam raja, pegaga, dan pucuk gajus. Elakkan makan ulam yang berbau kuat seperti petai dan jering.
6.    Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan pernafasan (seperti Listerine).
7.    Petua tradisional juga boleh diamalkan untuk menghilangkan nafas berbau seperti mengunyah cengkih atau minum air rebusan kacang hijau.
8.    Waktu pemakanan yang tak teratur atau terlalu lama berlapar juga merupakan menyebab nafas berbau kerana apabila lapar, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan dan akan menghasilkan bau busuk.
9.    Jangan lupa memberus lidah kerana lidah mengumpulkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria dan ini akan menyebabkan nafas berbau. Anda boleh menggunakan tongue scraper untuk membersihkan lidah.
Pengambilan Alfalfa Complex selain sebagai detokfikasi bau ia juga membantu menyegarkan nafas dan sekali gus mengatasi mulut dari berbau.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty
a

No comments