Fast food

KANDUNGAN SEBENAR MAKANAN SEGERA

 BURGER DAGING
•Mengandungi 4 gram lemak tulen.
•Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12.
•Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
         
 AYAM GORENG
• Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak)
• Banyak garam.
• Ramai yang suka ayam goreng segera.
•la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6.
•Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

 KENTANG GORENG
• French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C.
• Terlalu banyak lemak dan garam.
• Warna keemasannya adalah tiruan.

 SUSU KOCAK ( SHAKE )
• Susu ini bercampur udara dan air.
• Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi.
• la juga mengandungiperisa dan pewarna kimia.
• Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

 MINUMAN BERASASKAN KOLA
• Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula.
• Pewarna kimia dan kafein.
• Nilai makanannya kosong.

 GARAM
• Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari.
• Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi.
• Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

 GULA
• Kebanyakan makanan segera amat manis.
• Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna.

 SERAT
• Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah.
• la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus.
• Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat.
• Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam.
• Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis.
• Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

 VITAMIN DAN ZAT GALIAN
• Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera.
• Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.
• Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng.
• Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.
Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty
a




No comments