TAZKIRAH : TENANGKAN DIRI
Al Quran tak pernah disentuh,
Zikir tak dibiasakan,
Sejadah selalu terlipat,
Lalu, kau tanya mengapa hati tidak tenang?
Sebenarnya Kau sendiri tahu jawapannya.....
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram (al-Ra`d:28)
Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah” dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur mengatakan “zikrullah” bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya, “zikrullah” bermaksud kita menguatkan hubungan dengan Allah SWT dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Boleh dikatakan, kebanyakan manusia yang mengalami tekanan jiwa atau sakit jiwa disebabkan hubungan mereka dengan Allah SWT amat jauh. Oleh kerana itu umat Islam jarang sekali yang menghadapi tekanan jiwa, sebagaimana yang berlaku kepada umat manusia moden hari ini, kecuali gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
sumber: Panel MUIS
No comments