TAZKIRAH : TIDUR SELEPAS SUBUH

TAZKIRAH : TIDUR SELEPAS SUBUH

Ibnul Qayyim rahimahullah, pernah menukilkan;
وَمِنَ المكْرُوْهِ عِنْدَهُمْ : النَّوْمُ بَيْنَ صَلاَةِ الصُّبْحِ وَطُلُوْعِ الشَّمْسِ فَإِنَّهُ وَقْتٌ غَنِيْمَةٌ
“Di antara hal yang makruh menurut para ulama adalah tidur setelah solat Subuh hingga matahari terbit kerana waktu tersebut adalah waktu meraih kebaikan yang banyak.” (Madarijus Salikin, 1: 369)

Dari ‘Urwah bin Zubair, beliau mengatakan,
كان الزبير ينهى بنيه عن التصبح ( وهو النّوم في الصّباح )
“Dulu Zubair melarang anak-anaknya untuk tidur di waktu pagi.”
 Urwah mengatakan,
إني لأسمع أن الرجل يتصبح فأزهد فيه
“Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya”.
(HR. Ibnu Abi Syaibah 5: 222 no. 25442 dengan sanad yang sahih).

Yang dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radhiyallahu ‘anhum adalah setelah melaksanakan solat subuh, mereka duduk di masjid hingga matahari terbit.
 Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam juga mendoakan waktu pagi sebagai waktu yang penuh keberkahan.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.
(HR. Abu Daud no. 2606, Ibnu Majah no. 2236 dan Tirmidzi no. 1212. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadits ini hasan)
Berdasarkan hal di atas, sebahagian ulama salaf tidak menyukai tidur setelah solat subuh.
Kesimpulannya, yang paling terbaik adalah menggunakan waktu pagi untuk aktiviti yang bermanfaat untuk dunia ataupun untuk urusan akhirat.
Semoga bermanfaat.






No comments