Tuli


Peningkatan usia adalah faktor penuaan. Proses penuaan juga boleh menyebabkan gangguan pendengaran yang dinamakan sebagai presbikusis. Ia adalah kehilangnya secara perlahan pendengaran yang kerap berlaku kepada warga emas.
Tanda-tanda awal:
Kehilangan pendengaran jenis ini berlaku secara perlahan dari semasa ke semasa. Perkara yang paling sukar bagi mereka adalah mendengar bunyi bernada tinggi, seperti bunyi burung.
Apabila pendengaran semakin teruk, ia menjadi lebih sukar untuk mereka mendengar suara dalam nada rendah seperti bunyi angin daripada kipas.
Tanda-tanda lain termasuk:
1. Suara atau bunyi tertentu kedengaran terlalu kuat

2. Kesulitan mendengar atau memahami perbualan di kawasan yang bising seperti pasaraya.

3. Suara bernada tinggi seperti "s" atau "th" sukar untuk dibezakan antara satu sama lain. Sebagai contoh perkataan "sikat", mungkin bagi mereka cuma mendengar "ikat".Maka timbul salah paham dalam perbualan.

4. Suara lelaki (kebanyakan lelaki di dunia mempunyai nada rendah) lebih mudah untuk didengar dari perempuan (kebanyakan perempuan mempunyai nada tinggi).

5. Kebanyakan suara didengar seperti mengumam  atau ditelan
6. Telinga berdesing


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments