TAZKIRAH : SIAPA YANG GILA?

TAZKIRAH : SIAPA YANG GILA?



Masjid Kampung Damai sudah lama sepi tanpa Jemaah. Penduduk kampung langsung tidak mahu mengambil tahu segala aktiviti di situ. Walaupun pelbagai aktiviti dan program dijalankan, mereka lebih suka hiburan karaoke yang baru menular masuk ke dalam kampung tersebut.

Berbulan-bulan lamanya ahli jawatankuasa masjid hanya tinggal kurang lima orang. Ada dikalangan mereka yang sudah putus asa.

Suasana Kampung Damai suatu malam tiba-tiba menjadi kecoh dan heboh, jam 10.00 malam mereka terdengar azan berkumandang dari masjid melalui pembesar suara yang memecah keheningan malam seolah olah sudah masuk waktu subuh.

Sikap ingin tahu dan marah membuatkan orang kampung mula datang berbondong-bondong ke masjid itu walaupun mereka sudah tahu siapa yang melakukannya; Tok Ali bilal masjid, suaranya sudah dikenali di kampung itu, umurnya sudah melebihi 70 tahun.

Mereka tertanya-tanya kenapa Tok Ali azan pada jam dua belas malam?

Ketika orang kampung sampai di pintu masjid, Tok Ali baru selesai azan dan sedang mematikan sound system.

“Tok Ali tahu tak, pukul berapa sekarang?” marah seorang ahli qaryah. “Azan apa dalam jam sebegini, Tok?”

“Jangan-jangan Tok Ali sudah ikut ajaran sesat,” kata mereka dengan nada perihatin. “Sekarang banyak sangat ajaran sesat ni.

“Ah, ntah-ntah Tok Ali sudah gila kot,“Kalau tak gila, mana mungkin boleh azan tengah malam macam ni?” Laungan Tok Ali gila memecah kesunyian perkarangan Masjid Kampung Damai malam itu.
Tok Ali hanya tersenyum.

“Sabar kalian semua......,” jawab Tok Ali tenang. “Tadi, waktu saya azan Isya’, saya tak nampak seorang pun yang datang ke masjid. Sekarang saya azan jam 10 malam, kalian boleh pula datang ramai berbondong-bondong macam ni ke sini. Satu kampung lagi.

Kalau macam tu... SIAPA YANG GILA.... cuba fikir?” Penduduk kampung sangat terkejut dengan kenyataan Pak Ali itu. Mereka mula pulang dan berfikir akan kebenarannya. Strategi yang digunakan oleh Tok Ali pada kali ini kelihatan sangat agresif.
Begitulah sikap orang Muslim yang tidak akan pernah jemu mengajak orang melakukan kebaikan walaupun terpaksa melakukan apa jua cara.
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman”
[Ali-‘Imran:139]

No comments