TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA DOA

TAZKIRAH : JANGAN BIARKAN JUMAAT INI BERLALU TANPA DOA

Daripada Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya bahawa Abdullah bin Umar RA berkata : Adakah engkau pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang Rasulullah SAW melakukan sembahyang jumaat? Lalu Abu Burdah menjawab, “ya” aku pernah mendengar ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Masa yang paling mustajab itu ialah ketika bermulanya duduk imam di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat)).
 (Hadith Riwayat Muslim)


Huraian Hadith:
1.       Masa yang paling afdhal berdoa dan mustajab pada hari jumaat ialah ketika imam duduk di atas mimbar sehinggalah selesai sembahyang jumaat.
2.       Di antara syarat-syarat berdoa yang dimakbulkan oleh Allah ialah hati yang ikhlas, khusyu' dan tawakal kepada Allah.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

No comments