TAZKIRAH : HAK SEORANG MUSLIM

TAZKIRAH : HAK SEORANG MUSLIM

Hadith diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, yang maksudnya,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Hak seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6. Apabila kamu berjumpa dengannya maka berilah salam kepadanya, apabila dia menjemputmu ke satu upacara atau majlis maka hadirilah upacara atau majlis tersebut, apabila dia memohon nasihat denganmu maka berilah nasihat kepada dia dengan nasihat yang baik, apabila dia bersin dan mengucapkan syukur kepada allah maka doakanlah kebaikan kepadanya, bila dia sakit maka ziarahilah dia, dan apabila dia mati turutlah jenazahnya hingga ke kubur”
Hadith Sahih Riwayat Muslim.
 
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian,
Hadith ini menerangkan kepada kita tatacara kita hidup diatas muka bumi ini dalam kita bergaul sesama islam. Ada 6 hak rakan kita sebagai seorang muslim yang mesti kita penuhi jika kita juga mendakwa diri kita sebagai seorang muslim. Iaitu:
1. Yang pertama memberi salam apabila berjumpa dengannya. Salam adalah doa untuk memohon kebaikan dunia dan akhirat. Ia bukan ucapan sekadar good morning, good evening, selamat pagi, selamat petang, tetapi ia merupakan doa sejahtera untuk sahabat kita dunia dan akhirat.
2. Yang kedua ialah menerima jemputan atau memenuhi ajakan jika dia mengajak ke apa-apa upacara atau kenduri.
3. Yang ketiga apabila dia memerlukan nasihat maka berilah nasihat yang baik. Kita dilarang memberikan nasihat yang merugikan sahabat kita atau nasihat yang buruk. Contohnya nasihat agar berbalah dengan orang lain, nasihat agar dia buat benda yang jahat, itu bukan nasihat namanya. Nasihat ialah kata-kata yang memberi semangat, yang menjadikan dia kearah yang lebih baik.
4. Yang keempat apabila dia bersin, satu perbuatan yang menghilangkan penyakit, maka orang yang bersin perlu mengucapkan syukur alhamdulillah. Orang yang mendengar sahabatnya bersin perlulah menjawab ‘yarhamukallah’ (mudah-mudahan Allah merahmati kamu)
5. Yang kelima apabila dia sakit kita perlu menziarahinya. Kita perlu sedar kita juga tidak sihat selama-lamanya. Kita suatu hari nanti juga akan sakit. Jika kita menziarahi orang yang sakit, nanti kita sakit, orang tidak akan ziarahi kita, ketika itu kita akan rasa sangat sedih dan perit bila tidak ada orang bertanya khabar.
6. Yang keenam bila dia mati, maka turutlah jenazahnya hingga ke kubur serta mendoakan kebaikan dan kesejahteraan keatasnya.
Mudah-mudahan sedikit tunjuk ajar itu memberi panduan kepada kita untuk bergaul sesam muslim dengan cara yang terbaik.
Waallahua’lam.

Sumber: Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi

No comments