Selalu letih


Hari ini semua mahu serba pantas. Kadangkala terlalu mengejar waktu, sampai tak perasan kesihatan terabai. Bila tiba waktu rehat, aduh terasa letihnya badan tidak terkata.
Pulang dari kerja, terasa lelah tak larat nak lakukan apa-apa lagi.
Pernah tak sedar punca badan menjadi letih tak bertenaga dan tidak bermaya.

1. TIDAK CUKUP TIDUR
Disarankan tidur 7-8 jam sehari. Tidur adalah satu proses mengembalikan tenaga.

2. TIDAK AMBIL SARAPAN PAGI
Ramai sebenarnya yang ambil mudah tentang sarapan pagi. Sarapan pagi sangat penting u tuk membekalkan tenaga berterusan untuk melakukan tugas seharian.

3. KURANG DARAH MERAH
Orang perempuan sering mengalami anemia.
Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan wanita dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia.

4. TEKANAN EMOSI
Setiap orang pasti pernah mengalami tekanan emosi. Ia bukan setakat beri kesan oada emosi sebenarnya, tapi juga fizikal. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi

5. TERLALU BANYAK KAFEIN
Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments