Detox kan tubuh kita


12 KEBAIKAN DETOX PADA TUBUH BADAN
Tengok menu-menu detox kawan-kawan kongsi rasa seram. Maklumlah kita ni "pencinta makanan" sekali menu detox ni hari-hari sayur. Arghh pitams.

Tapi demi badan sihat dan bebas racun toksin, ku gagahkan diri.

Antara fungsi detox pada tubuh badan ni ialah;
1. MERANSANG TENAGA
Detox buat badan kita lebih bertenaga. Detox menyebabkan kita kurang atau tidak ambil makanan punca toksin seperti lemak, gula, kafein dan sebagainya.  Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga berpanjangan.

2. MENYINGKIRKAN LEBIHAN SISA BUANGAN
Walaupun kita sering emmbuang tapi paatikah ianya dibuang habis? Kebanyakan program detoks dicipta untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini.
Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detoks kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan.

3. BANTU TURUNKAN BERAT
Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yabg cepat.

4. SISTEM IMUN YANG KUAT
Detox memberi peluang oada organ dalam badan berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu untuk memberikan imun badan 'boost' pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dengan lebih baik dan ini termasuk vitamin C.
Kebanyakan herba yang diambil semasa berdetoks akan membantu sistem limpa dan ini memainkan peranan penting pada tubuh badan.

5. KULIT MAKIN CANTIK
Kulit kita ialah organ terbesar di dalam badan. Jadi, masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detoks. Satu cara untuk membantu program detoks ialah bersauna untuk membantu badan berpeluh toksin yang berlebihan.

6. PERNAFASAN LEBIH BAGUS
Ada teori mengatakan bahawa satu penyumbang kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkannya dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik kembali, kita akan mendapati pernafasan kita kembali elok.

7. BANTU BADAN LEBIH SIHAT
Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng atau makanan yang rangup, program detoks boleh membantu menghilangkan ketagihan itu. Selalunya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti itu, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama.
Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

8. FIKIRAN YANG LEBIH TENANG
Penggunaan meditasi selalunya dicadangkan sebagai cara untuk kembali berhubung dengan badan semasa proses pembuangan dan pembersihan toksin.
Pengikut detoks selalu mengaku bahawa mereka akan hilang perasaan keliru, dan mampu untuk lebih berfikiran positif semasa berdetoks daripada tidak mengikuti program itu.

9. RAMBUT LEBIH SIHAT
Pada masa kita melihat rambut kita, ia sudah dirasakan mati, kerana semua kesuburan berlaku bermula dengan folikel rambut. Ini adalah sebab kenapa ia penting untuk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detoks yang kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruhi oleh toksin dalaman, kita akan lihat dan rasai perbezaannya.

10. RASA DIRI LEBIH RINGAN
Antara kebaikan detoks yang dilaporkan ialah perasaan diri lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi iaitu jika kita memgikuti proses pembersihan kolon sebagai salah satu proses detoks.
Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang memberatkan tubuh badan, dan menggantikan dengan makanan yang lebih baik seperti buah-buahan organik yang segar dan sayur-sayuran, perasaan diri lebih ringan akan mudah dirasai.

11. ANTI PENUAAN
Toksin yang sentiasa berlaku yang terpaksa badan hadapi adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika menurunkan jumlah kerosakan radikal bebas kepada tubuh, kita akan melihat perubahan bukan sahaja dalam jangka masa pendek, tetapi manfaat dalam jangka masa panjang dengan penambahan kesihatan.
Apabila kita sudah selesai menjalani program detoks, ia adalah penting sekali untuk tidak kembali kepada cara hidup lama yang dipenuhi dengan toksin. 

12. PENINGKATAN RASA KESELESAAN HIDUP
Apabila kita berdetoks, kita akan rasa lebih bagus, dan apabila kita rasa lebih bagus, perkara yang pelik akan berlaku. Detoks selalunya digunakan secara strategik untuk menurunkan berat badan atau melakukan rancangan diet yang baru tetapi tiada sebab yang lebih bagus selain untuk merasa lebih bagus.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments