tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1










Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Huraian Hadith:
  • Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT serta dipermudahkan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.
  • Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
  • Orang yang menuntut ilmu akan dapat faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan Negara.
  • Jalan menuju syurga memerlukan perjuangan dan pengorbanan.



No comments