Masalah jantung

GEJALA SERANGAN JANTUNG PADA LELAKI

1. Rasa tidak selesa di dada tengah selama beberapa minit. Rasa itu datang dan pergi.
2. Rasa tidak selesa ini menyebabkan sakit hingga ke bahu, leher dan lengan kiri. Rasa sakit ini sama ada sekejap atau konsisten.
3. Rasa sakit boleh juga menyerang di bahagian huku hati perut. Jangan biarkan rasa sakit ini.
4. Salah satu tanda lagi serangan jantung awal ialah rasa sesak nafas akubat kelurangan oksigen.
5. Rasa sakit dada semasa bernafas  dan denyutan jantung menjadi laju.
6. Rasa mual dan muntah kerana ada ransangan dalam sistem saraf tubuh
7. Tanda lain pada seorang lelaki yang diserang jantung ialah berpeluh dan peningkatan suhu badan
8. Muka kelihatan pucat dan rasa pusing kepala.
9. Mudah lelah, gangguan pencernaan, rasa gelisah dan cemas.
10. Tidak dapat tidur dengan baik
Dapatkan Set Jantung Sihat dari Shaklee demi memastikan Jantung anda terus berdegup untuk yang tersayang


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty





TAZKIRAH : JANGAN KAU TUNTUT AKU DI HARI KIAMAT KELAK

TAZKIRAH : JANGAN KAU TUNTUT AKU DI HARI KIAMAT KELAK

Hari Kiamat adalah hari yang besar. Hari di mana orang yang taat dan pelaku maksiat keduanya menyesal. Mereka yang taat menyesal, kenapa dulu tidak beramal lebih banyak dari apa yang telah mereka lakukan. Pelaku maksiat pula, sesal mereka adalah penyesalan yang tak terperi. ‘Sekiranya kami dulu mendengarkan dan merenungi, tentu kami tidak menjadi penghuni neraka ini’, kata mereka.
Ada sebuah kisah, yang mengingatkan kita akan besarnya pertanggungjawaban di hari Kiamat. Kisah tersebut tentang sahabat Nabi yang bernama Abu Darda radhiallahu ‘anhu dengan seekor untanya.
Abu Darda memiliki seekor unta yang diberi nama Damun. Tidak pernah dia meletakkan suatu barang yang tidak mampu dibawa oleh unta itu. Apabila ada seorang yang meminjam si unta, Abu Darda akan berpesan, ‘Engkau hanya boleh membawa barang ini dan ini padanya, kerana ia tidak mampu membawa yang lebih banyak dari itu’.
Ketika merasakan ajal semakin menghampirinya, Abu Darda memandang untanya kemudian berkata, “Wahai Damun, jangan kau musuhi aku esok di hadapan Rabbku”, jangan kau tuntut aku pada hari Kiamat kelak di hadapan Rabbku wahai Damun, kerana demi Allah, aku tidak pernah membebankan kepadamu kecuali yang engkau sanggupi”, katanya.
Semoga Allah meridhai Abu Darda, dan mengampuni kesalahannya.
Subhanallah, tentunya kita akan teringat akan diri kita. Suami akan teringat kepada istrinya, dan istri merenungkan adakah kata yang telah membebankan suami. Segala yang dipertanggungjawapkan ke atas kita akan diadili seadilnya di hari kiamat nanti.
Abu Darda radhiallahu ‘anhu, seorang yang soleh, menghisab dirinya atas tanggungan untanya, tentu kita lebih perlu lagi bermuhasabah diri.



Asthma


LIMA ( 5 ) TIPS ELAK ASMA

Bila sebut asma memang sangat merisaukan. Ialah kalau datang menyerang terutama pada kanak-kanak boleh sampai biru muka.


Berikut tips yang boleh diamalkan untuk elak masalah ini;
1. Gunakan bantal anti alergi, cucu dan ganti alas cadar setiap minggu u tuk elak tu gau dn hama penyebab asma.
2. Jangan biarkan haiwan peliharaan berada di kamar tidur atau perabut. Bulu haiwan peliharaan antara penyumbang utama asma
3. Jangan guna karpet dari kamar tidur atau setidaknya vakum dua kali seminggu.
4. Hindari menghidu asap rokok dan debu.
Hindari juga menghidu bau-bauan yang menyengat dari bahan pembersih rumah juga dapat mencegah datangnya serangan asma.
5. Pantau kualiti udara di dalam rumah. Jangan terlalu panas dan sejuk.
Pengambilan Omega Guard dan Mealshake dapat mencairkan kahak dan melancarkan proses pernafasan si manja.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Airmata

7 KEAJAIBAN AIR MATA

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata bantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan jadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria alami.  Dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis, emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya lewat mata.

5. Kurangkan stres
Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.
Pengambilan Carotamax dapat memberi kesihatan yang baik untuk mata.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty







TAZKIRAH : SUDAHKAH KITA MEMBACA AL-KAHFI HARI INI?

TAZKIRAH : SUDAHKAH KITA MEMBACA AL-KAHFI HARI INI?


Seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Said Al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat." 
(Hadith sahih)

Hadith lain yang menyebut tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat adalah seperti berikut:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Baitul 'atiq." 
(Hadith sahih) 

Morning sickness


TIPS MENGATASI MORNING SICKNESS
1. Mommy boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan sejurus bangun dari katil. Ini akan bantu menyerap asid perut dan bantu  simpan tahap gula dalam darah Mommy daripada terlalu rendah.
2. Cuba Mommy makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk pastikan perut Mommy tidak kosong dari diisi dengan acid yang mencetuskan loya.
3. Mommy! Jangan lupa snek sebelum tidur tau. Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.
4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado, protein, keju, susu, yogurt, mentega, kacang disapu di craker dan roti, pasta dan lain-lain.
5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.
6. Jika Mommy masih loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.
8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.
10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur. Tentunya Shaklee.
11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil boleh sebabkan badan rasa panas yang boleh mencetus perut Mommy mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak tau.
12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan Mommy muntah.
13. Mommy boleh cuba tarik nafas yang panjang.
14. Tidur untuk elakkan loya.
15. Mommy umpalah doktor untuk dapatkan pil cegah muntah sekiranya keloyaan Mommy teruk.
16. ESP Shaklee sangat membantu tau Mommy u tuk elakkan Mommy rasa loya dan mual sepanjang tempoh mengandung.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Laici adalah agen penuaan.



LAICI AGEN PENUAAN?
Bila sebut laici terus terasa manisnya di lidah. Antara makanan dan minuman anak-anak bila berada di kedai makan.
Laici sebenarnya sangat bermanfaat untuk kecantikan. Ia dikatakan cukup kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas.
Oligonol yang terkandung dalamnya pula mampu hilangkan bintik-bintik flek hitam akibat sinaran matahari.
Malah dia boleh kekalkan kesihatan rambut tau jika diambil secara konsisten.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tazkirah

BUDAYAKAN SENYUM DAN SALAM


 Inline image 1

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda:
"Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan."

Huraian Hadith: 
1. Seseorang itu hendaklah menjaga kesihatan yang mana kesihatan itu adalah satu nikmat daripada Allah, hendaklah digunakan masa sihat itu dengan amal kebajikan dan amalan salih sebelum sakit.
2. Seseorang itu janganlah mensia-siakan masa lapangnya terbiar begitu sahaja, ianya hendaklah digunakan untuk melakukan semua perintah Allah yang diredai
3. Kedua nikmat sihat dan kelapangan itu adalah cubaan Allah ke atas manusia. Oleh itu hendaklah digunakan masa sihat dan lapang itu untuk memerangi hawa nafsu. Sesiapa yang berjaya pasti akan mendapat kemenangan begitu juga sebaliknya.







Ciri-ciri soya yang selamat

7 ciri-ciri Soya Yang Selamat:

(1) Ditanam secara organik.
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat
yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

(2) Tidak menjalani proses genetik (non-GMO).
KACANG SOYA GMO – lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan
pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

(3) Mengandungi 9 asid amino penting. 9 ASID AMINO – adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim.
Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan
proses-proses penting dalam tubuh.

(4) Dibasuh dengan air.
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%!
Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan
hormon dan jisim tulang. Di Shaklee, dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya, kepingan
soya dihancurkan dan dibasuh dengan air.

(5) Bahan anti-thyroid & anti-pertumbuhan disingkirkan.
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm
meningkatkan risiko kanser.

(6) Diproses tanpa dipanaskan.
KACANG SOYA YANG DIPANASKAN – merosakkan kandungan proteinnya!

(7) Ditambah dengan kalsium.
KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang
ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.
Ps: sehingga hari ini, saya hanya mendengar dan membaca basa basi dari doktor ini dan itu tanpa kajian dan ujian klinikal. Tapi saya ada beberapa kajian tentang kebaikan non-gmo soya dan ada satu kajian klinikal ttg bagaimana soya membantu bekas pesakit kanser.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kenaoa perlu makan protein?



AKAK ABANG TAHUKAH ANDA 25 PERATUS daripada tubuh badan kita dibina dari protein.
Lihat kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kebenaran yang perlu diterim.

Secara mudah, struktur dalam badan kita dibina daripada susunan berikut:
SEL -- TISU -- ORGAN -- SISTEM
Struktur badan terdiri dari sel. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. 

Sebab itulah badan kita sangat memerlukan protein sebenarnya.

ABANG KAKAK mahu tahu kenapa?
Kerana protein adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, kita makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein kan?
Macam ayam, ikan, telur, kacang, daging dan macam-macam lah lagi.
Tapi sedar atau tidak yang protein ni mudah sangat termusnah. Terutama bila terkena suhu tinggi.
Contohnya, ikan kalau goreng lagi garing lagi sedap kan. Tapi pernah tak kita fikirkan. Sebab mahukan kesedapan tu, berapa jelah protein yang tinggal agaknya?
Haa! Di sinilah pengambilan ESP tu menjadi penting sebagai sumber protein yang utama dan berkualiti.
Hasil pemprosesan yang terbukti diuji di makmal dan selamat. Terbukti dengan review hebat mereka yang telah mengambil ESP secara konsisten.
Di mana rambut lebih sihat, kuku lagi cantik, "aset" lebih anjal, kulit lebih gebu dan macam-macam lagilah.
Jadi sampai bila hanya mahu bergantung pada makanan yang sudah hilang khasiatnya yang lebih hampasnya dari zatnya.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : ALLAH SAYANGKAN KITA

TAZKIRAH : ALLAH SAYANGKAN KITA


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
 

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa merasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 60an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang pakcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.


"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
 

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"
 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu.
"Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
 

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas terus memeluk anaknya yang berada di situ dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
 

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Susu ibu adalah emas



ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.

ESP mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu.

ESP membantu proses penghasilan susu ibu dan bantu memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit je.

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.

ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging. Senang cakap ia bebas dari lemak

ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink.

ESP promosi bulan ni tau. Boleh dapatkan 2 botol ESP dengan penjimatan lebih 5%.

ESP juga PERCUMA 1 u tuk mereka yang beli 6 botol terus. Kongsilah beli dengan kawan-kawan.
Tunggu apa lagi? Boleh dapatkan ESP FRESH from gudang hanya dari SAYA.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Kanser



TAHUKAH ANDA Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.


                                                     

                                                      Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty





TAZKIRAH : HATI, KAKI & KASUT

TAZKIRAH : HATI, KAKI & KASUT

Kasut atau sepatu cuma alat, yang penting kaki. Kaki pun masih alat, yang penting hati. Apabila hati baik, insya-Allah kaki jadi baik. Apabila kaki baik, sepatu yang dipakainya akan digunakan untuk melakukan perkara yang baik-baik atau pergi ke tempat-tempat yang baik.
Oleh itu nilai kasut bukan pada bahan apa diperbuat, atau secantik dan secanggih mana reka bentuknya, tetapi nilainya terletak pada apa tujuan ia dipakai.
Mudahnya, kasut yang berharga murah akan menjadi tinggi nilainya jika dibawa untuk bersolat di masjid. Sebaliknya kasut yang berharga beribu-ribu ringgit akan menjadi tidak bernilai apabila dipakai untuk melakukan maksiat di hadapan Allah s.w.t.
Sebab itulah, pemakaian kasut bukanlah soal kecil atau perkara yang remeh. Jika demikian, masakan Rasulullah menunjukkan tatacara menggunakannya.
Baginda bersabda:  “Apabila kamu memakai kasut, mulakan dengan kaki kanan. Apabila kamu menanggalkannya, hendaklah mulakannya dengan kaki kiri. Dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua-dua belah) atau menanggalkan semuanya.” (Riwayat Ahmad)
Setiap apa yang ditakrirkan, disebutkan dan ditunjukkan tatacaranya oleh Rasulullah, itu disebutkan sebagai sunnah. Dan tentunya, setiap sunnah Baginda itu bernilai dan berguna untuk diikuti termasuklah dalam soal pemakaian kasut.
Bahkan itulah bukti cinta dan mahabbah kita kepada Rasulullah. Jika sunnah Rasulullah dalam memakai kasut itu dapat diteladani dengan rasa mahabbah kepadanya, insya-Allah itu boleh membawa kita ke jannah.
Justeru, jangan memandang remeh setiap sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah, kerana sudah tentu ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Dan ingat, kita bukan hanya berkasut di dunia… tetapi juga bakal berkasut di akhirat.
Sudah tentulah kasut syurga tidak sama dengan kasut dunia. Yang mana, ia pasti sangat indah, selesa dan tahan lama. Malah, tidak dapat dibayangkan oleh akal dan perasaan kita betapa hebatnya material, kualiti dan reka bentuknya kasut syurga.
Namun persoalannya, bagaimanakah caranya ingin memakai kasut syurga?
Teladanilah Sayidina Bilal bin Rabah yang derap kasutnya sudah didengar oleh Rasulullah semasa Baginda dimikrajkan ke langit.
Baginda pernah memanggil Bilal, lalu bersabda: “Hai Bilal, mengapa engkau mendahuluiku masuk ke syurga? Sesungguhnya ketika aku masuk syurga malam tadi (malam Israk), aku mendengar suara derap kasutmu dihadapanku.’
Bilal menjawab: ‘Wahai Rasulullah, tidaklah sekali-kali aku menyerukan azan melainkan terlebih dahulu aku melakukan solat dua rakaat. Dan tidak sekali-kali aku berhadas, melainkan aku berwuduk sesudahnya.’ Rasulullah bersabda: ‘Kerana ini.”’ (Riwayat Ibn Khuzaimah)
Walau bagaimanapun, sekiranya kasut yang digunakan itu adalah untuk melakukan kejahatan, maka ia akan membawa si pemakainya ke neraka. Akibatnya, si pemakai akan diseksa dengan azab yang sangat pedih.
Nu‘man Bin Basyir menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari Kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya sepasang bara api neraka (kasut) sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya.
Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika memakai terompah neraka pun boleh membuatkan otak manusia mendidih, apalagi kalau jasadnya yang lain. Sudah tentulah akan hancur binasa. Allahuakbar.
Subhanallah, melalui kasut juga Allah mentarbiah RasulNya. Allah mendidik Nabi Musa sekaligus mentarbiahkan kita agar merendahkan diri kepada-Nya.
Lihatlah pada surah Taha yang berlatar belakangkan lembah suci yang bernama Tuwa.
Diceritakan ketika Nabi Musa menuju nyalaan api di Tuwa, tiba-tiba Baginda terdengar suara: “Wahai Musa, sesungguhnya Aku adalah Tuhan kamu.” (Surah Taha 20: 12).
Lalu Allah memerintahkan Nabi Musa menanggalkan kasutnya ketika berada di lembah suci Tuwa. Dan pada ketika itulah, Allah mengangkat  Nabi Musa sebagai rasul.
Lihat, begitulah tarbiah Allah agar Nabi Musa merendahkan dirinya kepada-Nya dengan penuh sifat kehambaan. Jangan rasa tinggi, tetapi merendahlah dengan rasa lemah di sisi-Nya.
Begitu juga adab orang Islam apabila masuk ke tempat-tempat suci seperti masjid dan pusat-pusat pengajian. Kita mesti masuk tanpa berkasut sebagai kesucian dan penghormatan yang patut diberikan ke tempat tersebut.
Malah dalam kalangan masyarakat kita, sudah menjadi budaya kita diajar untuk memakai kasut di luar rumah dan di tandas. Dan mesti menanggalkan dan meninggalkannya setiap kali ingin masuk ke dalam rumah.
Tujuannya agar di dalam rumah terhindar daripada sebarang najis dan kotoran di tandas dan di luar rumah.
Dalam sejarah peradaban dunia, ada di antara pemerintah atau diktator yang mempunyai terlalu banyak pasang kasut. Sikap tamak, rakus dan tidak memperdulikan rakyat miskin telah mendorong mereka membeli ribuan pasang kasut dengan tujuan melawa, bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk.
Isteri diktator Filiphina; Imelda Marcos misalnya, mempunyai hampir 2,000 pasang koleksi kasut. Itulah jumlah kasut ketika dia dan suaminya ketika melarikan diri meninggalkan Filipina semasa pemberontakan kuasa rakyat.
Antara jenama kasut yang dimilikinya ialah Ferragamo, Givenchy, Channel dan Christian Dior yang bersaiz 8 1/2 inci.
Begitulah akibatnya apabila hati dikuasai sifat tamak. Hati akan mempengaruhi kaki untuk melangkah dengan sombong dan bongkak. Namun, semua itu tidak akan bermakna jika ia menjadi sebab seseorang melangkah ke neraka.
Bukankah Allah sudah mengingatkan kita: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Surah Lukman 31: 18).
Pengajarannya, jangan sombong dengan kasutmu. Kerana kasut yang digunakan ke arah kejahatan adalah bayangan kasut neraka. Sebaliknya, kasut yang digunakan ke arah kebaikan dan kebajikan adalah bayangan kasut syurga.
Sayangnya, ramai orang yang berbangga dengan kasut yang mahal. Mereka merasakan tinggi diri hanya kerana kasut yang dipakainya mahal.
Tidak benar sama sekali jika nilai diri kita terletak pada nilai kasut yang kita pakai. Jika itu benar, siapakah diri kita sekiranya kasut yang mahal itu hilang atau rosak?
Hakikatnya, jangan dihinakan nilai diri kita yang mulia dengan hanya pada sepasang kasut yang terletak di kaki. Kerana nilai diri kita yang sebenarnya terletaknya pada hati.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak melihat rupa lahir kamu dan harta benda kamu, tetapi Dia melihat pada hati dan amalan kamu.” (Riwayat Ahmad)
Namun, ini tidak bermakna orang Islam dilarang berhias dan bercantik-cantik dengan pakaian, termasuk dengan kasut yang mereka pakai.
Asalkan niat memakainya kerana Allah yakni tidak sombong dan menunjuk-nunjuk, diperbuat daripada bahan yang halal dan suci dan dengan sumber wang yang halal untuk membelinya, maka memakai kasut yang indah tidak menjadi satu kesalahan, malah digalakkan.
Rasulullah bersabda: “Allah itu indah dan suka kepada keindahan.” (Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, pakailah kasut yang indah, tetapi pastikan hati kita lebih indah. Insya-Allah hati yang indah itulah yang akan membawa kaki kita melangkah ke syurga. Dan di syurga pasti ada kasut yang lebih indah daripada kasut kita di dunia!
sumber: genta-rasa.com