Stokin dalam berpantang

ANGIN OH ANGIN

Angin semasa berpantang adalah perkara biasa. Sebab tu semasa pantang kita digalakan pakai stokin.
Kata orang tua-tua supaya angin tak masuk dari kaki. 
Ok hari ni nak share pasal halia. Bagaimana halia boleh bantu nyahkan angin ni ketika berpantang.

TAHUKAH ANDA
 Pati air halia boleh disediakan pada minggu ke36 hingga 38 kehamilan.
 Air halia bagus untuk mengurangkan angin dan menghangatkan badan. Ibu berpantang disarankan minum tiga cawan air halia sehari.
 Jangan minum terlalu banyak air halia kerana boleh menyebabkan badan terlalu panas seterusnya memberi kesan kepada susu badan dan bayi yang menyusu.
 Air Halia Bahan-Bahan:
Halia sebesar tapak tangan
2.5 liter air
Gula kabung secukup rasa
2 biji bunga cengkih
Sehelai daun pandan jika suka
Cara-caranya:
1. Ketuk halia dan rebus sampai menggelegak. 2. Kecilkan api, renehkan rebusan sehingga menjadi satu liter air sahaja.
3. Selepas sejuk, simpan pati di dalam botol. Tuang sedikit pati dan dicampurkan dengan air. Sedia untuk diminum sepanjang tempoh berpantang.
Selamat berpantang, jaga-jaga jangan sampai angin masuk badan ya.
#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


No comments