Sayur semasa berpantang

BAHAYA SAYUR KETIKA BERPANTANG

Umum mengetahui sayur adalah makanan terbaik untuk kesihatan. Tapi harus sedar. Tak semua sayur sesuai diambil semasa berpantang.
Antara sayur yang boleh diambil semasa berpantang ialah sayur sawi, peria, lobak merah dan lobak putih.
Pengambilan sayur sawi adalah bertujuan untuk membuang angin. Sayur peria pula memudahkan ibu untuk membuang air besar di samping membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
Manakala ulam dan rempah ratus seperti halia, serai, lengkuas, bawang putih, pucuk pegaga, pucuk mengkudu, pucuk ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup adalah ulam-ulaman yang kaya dengan fiber, zat galian mineral dan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C dan E yang bersifat antioksidan.
Ia berfungsi untuk mencuci darah, merangsang peredaran darah, menyembuhkan luka dalaman dan luaran, membuang angin dalam badan, mengembalikan tenaga dan kecergasan badan.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

No comments