Cara simpan susu ibu

9 CARA SIMPAN SUSU IBU

9. Bekas yang digunakan untuk menyimpan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun (lebih elok jika gunakan sabun cuci botol baby) dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
8. Antara bekas yang boleh digunakan ialah
• Bekas Plastik (bekas dadih - biasanya saya gunakan untuk tiga kali penggunaan sahaja)
• Botol Susu yang Free BPA
• Bekas kaca yang bertutup kedap
• Breast Milk Storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan susu perahan ibu.
7. Catatkan tarikh perahan sebelum menyimpan.
6. Simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk satu bekas, contohnya 2-5 oz sahaja setiap bekas.
5. Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
4. Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
3. Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kesan dari kekerapan membuka dan menutup peti sejuk)
2. Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
1. Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty





No comments