Berpantang dan air



PANTANG KERING KONTANG



Teringat kisah seorang teman, yang berpantang dengan mertua. Setiap hari menangis dan akhirnya terganggu jiwa.
Maklumlah orang pantang ni sensitif sikit. Semasa pantang dijaga oleh ibu mertua. Ibu mertua sangat baik dan terlalu sayangkan dia. Sehingga mahukan semua yabg erbaik untuk menantu tersayang.
Ibu asal dari kampung. Maka berpantang sudah tentu mengikut cara kampung sepenuhnya. Ok sahaja. Demi kesihatan sendiri katanya.
Tapi yang jadi maslah. Bila ibu terlalu berkira tentang air. Bayangkan sehari hanya dibenarkan minum segelas air.
Kulit mula pecah-pecah. Baby mahu menyusu lagi. Bagaimana mahu beri baby susu jika diri sendiri terasa kering kontang.
Suami juga tak mampu buat apa. Dia hanya mampu menangis. Sampaikan terpaksa curi minum air paip ketika mandi. Sadis sangat rasanya.
Sebenarnya air memainkan peranan penting semasa berpantang.
Ibu harus dapat cukup air. Badan kita perlu 13 gelas sehari. Bukan bermaksud minum 13gelas terus sehari.
Minum macam biasa. Sedikit demi sedikit dalam tempoh 24jam hingga cukup 13 gelas. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya
Tiada kajian saintifik yang kata minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu.
Tetapi kurang air akan sebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih buruk ia boleh akibatkan sembelit.
Peritnya sembelit masa berpantang ni.
Oleh itu ibu-ibu jelita. Pastikan kalian dapat cukup air semasa berpantang ya. Jangan seksa diri semasa berpantang.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


No comments