Bagaimana susu terhasil?

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

 ALVEOLI
• Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan.
• Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda.
• Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

 DUKTUL
• Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

 DUKTUS SUSU
• Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi.
•Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi.
• Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.




Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


No comments