Adab Minum Air gaya Nabi


ADAB MINUM GAYA RASULULLAH
=========================


1- Guna tangan kanan.
2- Niat kerana Allah, untuk memberi kesegaran tubuh badan dan kesihatan.
3- Membaca Bismillahir-rahmanir-rahim.
4- Membaca doa minum air. اَللَّهُمَّ اِنِّى اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِى وَلِتَفْعَلَ بِى، فَاغْفِرْلِى أَوِافْعَلْ Ya Allah! Sesungguhnya daku meminumnya dengan harapan Dikau mengampuni daku dan mengabulkan maksudku; Maka ampunilah daku serta kabulkanlah.
5- Minum dengan 3 nafas, elakkan bernafas dalam bekas minuman.
6- Dilarang meniup minuman yang panas.
7- Hindari menonggang minuman ke dalam mulut, mencegah angin masuk ke dalam perut.
8- Minum dalam keadaan duduk.
9- Elakkan minum daripada bekas yang besar seperti teko dan cerek, mencegah angin masuk ke dalam perut.
10- Sentiasa tutup bekas minuman.
11- Ucapkan Alhamdulillah setelah selesai.



No comments