Sayang Anak

Bila tanya nak makan apa? Jawapan yang diterima sama sahaja.
Tak Ayam, Telur.
Tak Telur Roti.
Hari-hari nak ayam nak roti nak telur. tu sahaja menu mereka berulang-ulang tanpa jemu.
TAHUKAH ANDA anak- anak yang punya selera bermusim, akan menyebabkan mereka termasuk dalam kategori “food insecure”.
Ini bermakna terdapat zat dan nutrient yang tidak dipenuhi bagi membantu tumbesaran fizikal, mental dan emosi mereka.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

TAZKIRAH : AL-QURAN

TAZKIRAH : AL-QURAN


“Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si Cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.
Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Dan saya akan lupa apa yang saya baca bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”
Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.
“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.
“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.
“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.
"Tak ada gunaya” bentak si cucu.
Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.
Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.
Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”
Si cucu masih tidak puashati, “Tapi atuk, bagaimana mungkin seseorang yang hatinya dikatakan TERKUNCI, boleh menjadi bersih pula hatinya?
Datuknya kehairanan, “Hatinya TERKUNCI?”

Cucu pun berkata, “Cuba atuk tengok ayat 24 surah Muhammad, Allah berfirman,
“Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan (tadabbur) isi Al-Quran? Atau telah TERKUNCI hati mereka?”
Apabila kita membaca Al-Quran tetapi tidak mahu berusaha memahami isi kandungannya, maka hati kita seolah-olah telah terkunci, sebagaimana yang dikatakan oleh ayat di atas. Bagaimanakah hati yang telah terkunci akan boleh menjadi bersih. Betul tak atuk?”
Atuk : ????

Bacalah Al-Quran. Walaupun anda tidak faham, anda akan diberi ganjaran pahala yang banyak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Namun, bersihkanlah hati anda, dengan berusaha memahami isi kandungannya. Dan supaya kita tidak dicop sebagai memiliki hati yang terkunci. Tanpa memahami Al-Quran, bagaimana mungkin kita dapat mengamalkan segala suruhan dan perintah dari-Nya.
 sumber:dakwah JAKIM

Vivix

APA HEBATNYA VIVIX SHAKLEE?

========================

Fakta 1: Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Fakta 2: Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Fakta 3: Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Fakta 4: Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.
*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty





Carotomax untuk mata

CAROTAMAX? UNTUK APA?

=====================


 Mempertingkatkan daya penglihatan dan membantu mengurangkan masalah berkaitan mata seperti rabun malam, rabun dekat, mata kering, astigmatisma, presbyopic, mata lesu, glaucoma, katarak, floaters, eyebag dan lingakaran hitam pada mata.

 Untuk kecantikan kulit - mampu melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan acne. Penggunaan luaran pula boleh digunakan untuk merawat scabies, acne, ulser kulit, pustule, etc

 Mengukuhkan sistem imun

 Mencegah kanser - penggunaan yang berterusan mampu menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara.

 Menghalang infeksi - ia merangsang enzim membunuh kuman yang membawa penyakit sistem respiratori paru-paru, batuk, hepatitis, asma, dan selsema.

 Melindungi epithelial - ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari dan saluran usus.

 Menggalakkan pertumbuhan yang normal dan sihat - menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gusi, gigi dan sistem reproduksi. Ia juga membantu penghasilan sperma yang sihat.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tazkirah : Mana Mak?

TAZKIRAH : MANA MAK?

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. Jangan sampai apabila mereka sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Selitkan doa setiap untuk mereka.


Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sesekali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah : Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik daku pada waktu kecil.
(Al-Isra :23-24)

Vitamin E baik untuk Jantung


Tahukah anda PENYAKIT JANTUNG Pembunuh utama dalam senyap?
Berapa ramai isteri yang kematian suami akibat dari serangan jantung mengejut?
Berapa ramai anak yatim ditinggalkan akibat jantung ibu mereka berhenti berdegup secara tiba-tiba?

Berapa ramai yang menderita hidup kerana sakit jantung?

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti:
 Sering sesak nafas
 Kerap sakit dada terutama di sebelah kiri
 Kerap berpeluh
 Sering mual, loya dan muntah

Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan rapi bagi memastikan Jantung Anda di dalam keadaan sihat.
Usah tunggu PARAH baru mahu MENCEGAH!
SAYANGI JANTUNG ANDA DEMI YANG TERSAYANG.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Zinc

ZINK oh ZINK
==========

Terlalu banyak kelebihan Zink yang ramai orang tak tahu. Mari saya kongsikan sebahagian dari kelebihan zink yang bisa buat anda terpukau.

 Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

 Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

 Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

 Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

 Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

 Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

 Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

 Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

 Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

 Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

 Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

 Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

 Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

 Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

 Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

 Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

 Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata

TAHUKAH ANDA bulan ini anda layak dapat 4 botol Zink dengan membayar harga 3 botol sahaja.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Anak sihat dan bijak

VITAMIN DAN ANAK-ANAK PERLU KE?
============================



 Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.

 Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.

 Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.


Tanggungjawab ibu akan bertambah berat bila memikirkan berapa kilo sayur kena makan ni? 
Apa jenis lauk ikan, daging atau ayam kena beli?

Bagaimana dengan proses penyediaan makanan pula. Bolehkah kita memastikan zat-zat vitamin yang terdapat dalam makanan itu kekal atau hilang? Stress dan memang stress bila kita fikir macam ni. Betul tak?


Dari kajian menunjukkan pelbagai masalah kesihatan kanak2 termasuk asma dan ekzema berkait rapat dengan pemakanan – pengambilan ikan dan bijirin.
Kajian yang dibuat ke atas 598 kanak2 menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan kanak2 yang menghidap masalah di atas setelah menambah pengambilan ikan dan serat, manakala menambah pengambilan buah dan sayur tidak membantu untuk mengurangkan masalah mereka.
Jadi, apa yang anak kita perlukan dari sumber ikan dan bijirin tu? – Protein,Minyak ikan, Serat.

Namun, menurut environmentalist, pengambilan ikan yang banyak boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana kandungan logam berat seperti merkuri akibat pencemaran air laut. Jadi, dari mana kita nak dapatkan kebaikan protein dan minyak ikan ni? Info
Sesibuk mana pun kita sebagai ibubapa, keperluan makanan anak jangan diabaikan. Bagi mengurangkan bebanan dan keluh kesah ibubapa,  di sini saya mengesyorkan untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutirisi makanan lengkap untuk  anak mereka.

PM saya untuk saya bantu anda berikan konsultasi secara PERCUMA untuk pemakanan terbaik Si Manja.
Berikan yang terbaik u tuk yang tersayang.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


Vivix

VIVIX SI TONIK AJAIB
=================


Ramai yang PM bertanyakan tentang Fungsi Vivix. Dia kata kenapa ramai sangat yang kata Vivix ni terbaik!

Hari ini saya kongsikan keterujaan sahabat kami yang jatuh cinta dengan Vivix.
Bermula dengan ibunya yang menghidap Bell Palsy lebih 20 tahun pulih selepas mengamalkan Vivix.

Bagaimana suaminya yang mengalami Vertigo sehingga menganggu saraf pendengaran dan kembali sihat dengan Vivix.

Kisah anak bujang yang hampir terputus jari di saat Doktor sendiri memaklumkan bahawa daging itu dah mati dan mgkin jarinya mengalami kecacatan. Namun alhamdulillah dengan izin Allah dan bantuan dari Vivix jarinya pulih seperti normal seolah-olah tiada apa-apa.

Dan kisah paling sadis di mana Doktor menyarankan beliau untuk gugurkan satu-satunya anak perempuannya kerana disyaki Down Syndrom. Alhamdulillah dengan pengambilan Vivix lahirnya seorang Puteri yang cukup sifat dan bijak.

Alhamdulillah, dengan Izin Allah semuanya berlaku dan Vivix salah satu usaha yang Luar Biasa hasilnya.
Itu antara Rahsia Peribadi mengapa beliau sayang dan yakin dengan Shaklee tanpa ragu.
Anda Bagaimana? Ingin saya bantu?
Tiada penyakit yang tiada penawar melainkan KEMATIAN.

#Zi2M
#ShakleeEffectZi2M



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Jantung

Tahukah anda tak semua lemak itu jahat. Ada lemak yang sangat baik untuk jantung. Apakah dia? Ia dipanggil Omega 3.
Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan jantung adalah:


• Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
• Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
• Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
• Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
• Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tua

HARGAI MEREKA SEMENTARA MASIH ADA

===================================
.
Ibu bapa merupakan insan istimewa yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik kita hingga dewasa. Terlalu banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk kita.
.
Masa berlalu pantas. Kita semakin meningkat dewasa, Si ibu dan ayah pula semakin berusia. Keadaan kesihatan mereka juga tidak lagi seperti dahulu.
.
Ada yang mula sakit lutut, ada yang diserang kencing manis, darah tinggi, gout, jantung dan macam-macam lagi.
.
Malah ramai juga yang sering berulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan doktor dan juga mendapat bekalan ubat dari hospital.
.
Sedih melihat akan keadaan mereka yang semakin uzur. Dahulu sewaktu kita kecil, seekor nyamuk pun tak dibenarkan hinggap di tubuh anak kesayangannya.
.
Tak akan sekarang kita tega melihat mereka menanggung sakit begitu. Apa kata kita hadiahkan mereka dengan vitamin atau supplemen yang dapat membantu mereka untuk sihat dan kekal cergas, bagi menempuh sisa-sisa tua mereka.
.
Serta jangan lupa untuk terus doakan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Bush pinggang yang sihat


TAHUKAH ANDA bahawa buah pinggang adalah antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialysis dan rawatan transplan buah pinggang. Ianya tidak dapat setanding dengan buah pinggang milik anda sendiri.
Oleh itu jaga kesihatan buah pinggang anda sebaiknya. Antara perkara yang boleh diamalkan ialah;

1. SENTIASA AWASI TEKANAN DARAH DAN PARAS GULA
Kandungan gula yang berlebihan dalam darah untuk tempoh yang lama akan merosakkan berjuta sel halus di antara kedua buah pinggang.
Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan salur darah halus ke buah pinggang anda.


2. MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Makanlah mengikut panduan pyramid makanan atau dengan mengimbangi sajian anda dengan keperluan karbohidrat, protein, vitamin dan juga sedikit lemak. Bagi menjamin buah pinggang anda kekal berkualiti, banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan kacang, bayam, kacang soya, coklat dan ubi kentang kerana ia mampu menambah risiko berlakunya batu karang dalam buah pinggang.


3. KURANGKAN PENGAMBILAN DAGING
Diet yang tinggi kandungan protein dari haiwan akan memudahkan pembentukan batu karang akibat berkumpulnya kalsium berlebihan. Daging biasanya akan menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh tubuh. Selain batu karang, asid urik berlebihan juga boleh mengakibatkan gout.


4. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Garam yang berlebihan akan mengakibatkan lebih banyak cecair terkumpul di dalam badan atau juga dikenali sebagai ‘water retention’. Keadaan ini juga membuatkan buah pinggang anda akan ‘dikerah’ untuk bekerja secara berlebihan.


5. MINUM AIR SECUKUPNYA
Air yang cukup memainkan peranan penting untuk membantu buah pinggang menyingkirkan toksin berlebihan.


6. JANGAN MEROKOK
Merokok bukan sahaja meningkatkan dua kali ganda risiko diserang kanser buah pinggang sebaliknya turut menyumbang kepada risiko kematian akibat penyakit lain seperti serangan jantung.


7. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Kafein mempunyai kelebihan menyerap cecair dalam tubuh. Oleh itu, pengambilannya secara berlebihan akan membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Tubuh yang dehidrasi atau kekeringan ini akan membuatkan buah pinggang anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyingkirkan cecair dan toksin yang tidak diperlukan dari tubuh. Ini memberi tekanan berlebihan pada buah pinggang anda. Justeru, bertukarlah kepada kopi atau teh yang tidak mengandungi kafein.



8. HIDUP LEBIH AKTIF
Jangan lupa untuk bersenam kerana senaman secara keseluruhan baik untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang , pilihlah aktiviti yang lebih santai seperti berjalan, yoga atau berkebun.
Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Sakit Lutut

ANTARA PUNCA SAKIT LUTUT

========================


TENDONITIS
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal. Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon. Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.


KEDUDUKANKEPALA LUTUT BERALIH
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudkan asal. Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.


OSTEOARTHRITIS
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.


OSGOOD / SCHLATTER DISEASE
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut. Rasa sakit yang dialami mengikut masa. Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit. Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14. Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dan lain-lain.


MEDIAL PLICA SYNDROME
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.


LLIOTIBIAL BAND SYNDROME
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis. Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.


BURSITIS
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir. Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.


SERPIHAN TULANG (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan. Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi. Ini memberi kesan yang sakit dan bengkak.

Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

Tidur ketika menyusu


[Tidur Ketika Menyusu]

==================

Si comel yang baru lahir asyik tidur sahaja. Bagaimana hendak menyusu kalau asyik tidur sahaja?
Tidur memang tabiat semula jadi bayi baru lahir. Namun, jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu, ia untuk mengelakkan kekurangan susu ibu yang dihasilkan.
Bayi memang memerlukan penyesuaian dengan dunia barunya, ini membuatkan kadang kala dia lebih memerlukan tidur berbanding menyusu.
Sehingga usianya satu bulan, bayi menghabiskan masa 16.5 jam sehari untuk tidur. Si manja masih belum dapat membezakan antara waktu siang dan malam kerana pola tidurnya belum teratur.
Sepanjang masa eksklusif penyusuan susu ibu, bayi menyusu antara lapan hingga 12 kali sehari. Dia menyusu selama 10 hingga 30 minit dengan jarak waktu antara dua hingga tiga jam sekali.
Sekiranya bayi anda terus mengantuk ketika menyusu atau dia tidur lebih tiga jam tidak bangun lagi, anda perlu mengejutkan bayi untuk menyusu.
Jangan dibiarkan dia terus lena tidur!

Tip kejutkan bayi baru lahir bangun menyusu
 Geletek kaki atau telapak tangannya agar dia terjaga waktu menyusu.

 Buka baju ibu dan bayi dari bahu ke pinggang dan letakkan bayi di atas badan anda, antara perut dan payu dara. Suhu tubuh ibu akan membuatkan bayi terasa hangat sehingga dia terjaga dari tidur.
 Geletek bibirnya dengan puting susu anda yang telah dibasahi air susu untuk menstimulasi dia membuka mulut.
 Dukung bayi dengan kedudukan tegak dan agah bayi dengan berborak dengannya.



Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty


NutriWHITE



TAHUKAH ANDA Set Kecantikan NutriWhite Shaklee dihasilkan selepas kajian bersama selama tiga tahun di antara Saintis Jepun dan Amerika. Hasil dari kajian mereka telah memilih 16 bahan semulajadi terbaik untuk menjadi bahan utama di dalam set NutriWhite ini.
.
Antara review yang kami terima dari mereka yang dah mencuba. Buat saya pun teruja sama.
.
"Kulit makin cerah, sekata dan tidak berminyak lagi lepas gunakan NutriWhite shaklee"
"Muka rasa lebih bersih dan jimatttt! Tahan sehingga 6-8 bulan.."
"Kulit rasa moist dari sebelum ini, kulit tak lagi kering!"
"Selepas 2 minggu kulit lembut macam baby""
"Setaraf SK-II ok"
.
Mungkin anda seorang sahaja yang belum lagi cuba.
.
Tak kan biarkan mereka sahaja rasa bahagia dan jelita.
.
Anda juga layak untuk turut sama merasainya.


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty

MLM


TAHUKAH ANDA?
MLM (multilevel marketing) merupakan antara 5 cara pemasaran yang boleh digunakan untuk menjual produk kepada pelanggan.
Ironinya, ramai orang salah gunakan teknik ni dengan menindas orang lain.
Cara pemasaran ini banyak dimanipulasi oleh syarikat yang menjalankan skim cepat kaya ataupun leaders MLM yang inginkan keuntungan segera atau mengejar pangkat besar dengan manipulasi teknik tertentu.


TAHUKAH ANDA?
MLM Juga dikenali dengan network marketing, di mana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Semakin luas channel, semakin besar network marketing anda.


TAHUKAH ANDA?
Shaklee menggunakan kaedah MLM untuk mengedarkan produknya.
Sebab tu tiada artis khas jadi duta. Pengedar tu sendiri adalah artis. Kamilah artisnya.


TAHUKAH ANDA?
Ada syarikat MLM yang fokus jual beli orang bukan jual beli produk.
Kebanyakannya adalah skim cepat kaya yang menyembunyikan wajah sebenar mereka di sebalik topeng MLM.


TAHUKAH ANDA?
Perniagaan Shaklee sangat mudah. Boleh dijalankan secara online dan offline. Punyalah seronok menjalankan bisnes ni umpama menanam pokok durian. Mula-mula agak letih, tapi bila tiba masa menuai. Puas sangat rasanya.


TAHUKAH ANDA?
Tiada istilah, tak payah usaha, tak payah cari orang, tak payah jumpa orang, tak payah keluar rumah, tak payah buat apa-apa dalam perniagaan ni.
Itu bukan perniagaan, itu kematian!


Free Konsultasi
COD 
Pos ke seluruh Negeri
0126647809
Pretty Healthy
Health makes you Pretty