Sarapan.

SARAPAN
==============================

Apa sarapan kita pagi ni?
Ada yang mendapatkan sarapan di gerai tepi jalan pada makcik jual nasi lemak bungkus.
Lebih nikmat dengan telur mata goreng dan sambal sotong.
Kenyang tersandar la bila habis makan.
Ada yang selera pantai timur, sarapan nasi kukus JJ kak wok.
Ada yang mengidam nasi kerabu dengan daging bakar dan telur masin.
Ada yang tekak nak rasa roti canai dan tosai mamak.
Ada yang sarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak.
Di sulam pula dengan teh tarik.
:
Terliur pula saya 😂😂
:
Apa pun sarapan kawan-kawan FB saya, saya doakan anda semua sihat hari ini.
:
Terlintas tak di fikiran kita, bahawa SARAPAN yang paling indah ialah
SOLAT SUBUH.
:
Alhamdulillah, kita masih bernyawa.
Alhamdulillah, kita masih berpeluang melakukan yang lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah, kita masih boleh melihat.
Alhamdulillah, kita masih boleh kerkata-kata. Boleh bergerak dan berjalan.
Alhamdulillah, ayahbonda kita masih ada di sisi. Suami/isteri dan anak-anak.
Alhamdulillah, masih boleh berbakti kepada mereka.

Itulah SARAPAN yang paling 'mengenyangkan'

-sayu hati meluahkan kisah sarapan ini-

No comments