TAZKIRAH : MUHASABAH DIRI

TAZKIRAH : MUHASABAH DIRI

Jarum jam di atas muka bumi berputar lagi meninggalkan detik semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya untuk melangkah ke hari, minggu, bulan dan tahun yang menjadikan kita semakin berusia dan jadi orang tua. Walaupun kita memakai ilmu awet muda, tetapi usia tetap meningkat dan saat kematian semakin hampir. Saat untuk masuk ke rumah baru semakin dekat. Rumah tak berpintu, gelap, keseorangan jauh di perut bumi.
Menghitung baki jarum jam yang masih tinggal menjadi semakin penting mulai saat ini. Setiap saat usia kita cukup berharga dan bernilai. Tapi apa nilainya jika rutin kerja kita seperti itu juga? Apa nilainya kalau cara bekerja dan berfikir seperti dahulu juga?
Sepatutnya kita perlu fikirkan bagaimana mahu menambah nilai atas setiap kerja yang kita lakukan pada masa ini. Supaya menjadi nilai emas dan intan berlian. Janganlah kita biarkan usia yang berbaki ini menjadi daki-daki kotor yang bersalut dosa dan kemungkaran.
Muhasabahlah diri kita sentiasa. Apakah kita sudah bersedia atau belum untuk kembali bertemu Allah? Dan apakah usaha-usaha kita untuk memberi nilai tambah kepada setiap kerja yang kita lakukan? Apakah ia menjadi ibadah atau sebaliknya?
Marilah kita perbaharui dan perbetulkan niat setiap hari sebelum melangkah memulakan tugas harian kita. Moga-moga setiap detik yang berlalu itu menjadi ibadah di sisi Allah SWT.
dipetik dari : “DEMI MASA” karya Abu Hassan Morad.
Disediakan oleh:
Ustaz Mohd Shazni Abdullah
Pegawai Hal-Ehwal Islam

ESP is awesome part 10


Saya kongsikan lagi cerita menarik ;)

:: susu ibu meriah
:: anak tak cepat meragam
:: ibu lebih energetic


:: kulit muka bertambah cantik
:: stretch mark pudar
:: bertenaga

:: pudarkan parut accident
:: muka bertambah bersih
:: selamat tinggal kulit kusam


:: tenaga bertambah
:: kulit gebu
:: kulit halus mulus
:: masalah gastrik selesai



:: kulit cerah dan anjal
:: selulit berkurangam
:: badan lebih bertenaga
:: berpuasa dengan ESP


Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809

ESP is awesome part 9


Cerita mengenai ESP ;)

:: kulit tampak natural dan cantik
:: kawal selera makan
:: badan bertenaga
:: keloid hilang


:: bertenaga
:: tiada kelemumur dan rambut gugur



:: kulit lembut dan anjal
:: bertenaga


:; kulit cerah
::pengunaan berterusan semasa hamil dan berpantang


::sedap
:: perut bertahan lama
:: kenyang lama

Alhamdulillah..
Dengan berkat usaha dan istiqamah mereka, Allah SWT dorongkan dan mudahkan usaha mereka.

Yang penting, kita percaya, usaha dan istiqamah.

Bulan september 2015 ini, ESP sedang di landa jualan murah atau SALE.
Tsunami ESP bermula lagi.

Lebih jimat dan murah dari biasa.
Dapatkan juga shaker dan scoop hanya pembelian dari saya.

InshaAllah saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, PPUM, UM, UIA pj, Politeknik shah alam, UITM shah alam, UITM puncak perdana dan puncak alam, Serdang, Bangi, Bamdar Tun Razak, Bandar Tasik selatan, Kampung Malaysia Tambahan dan Raya, Sungai besi, Puncak Jalil dan Kajang

#espisawesome

Health makes you pretty
Izura mohamad sobri
                                                        0126647809


TAZKIRAH : APA YANG KITA KEJAR

TAZKIRAH : APA YANG KITA KEJAR


Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya.Lalu dia dipanggil mengadap ke istana.
“Paculah kuda kamu sejauh mana yang mampu. Sejauh mana kamu pergi selebar itulah tanah yang akan kamu miliki,”titah raja.
Pengawalnya tersenyum girang mendengar tawaran itu.Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yang akan aku peroleh.”
Tanpa berfikir panjang,pengawal itu pun melompat ke atas kudanya. Dia memecut laju….dan laju bagaikan derasnya tiupan angin.Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yang diperoleh lebih banyak.apabila kudanya penat,dibelasahnya binatang itu agar terus memecut.Lapar,dahaga dan letih langsung tidak dihiraukan.Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaaan tamaknya berkata , “kalau berhenti rugi.”
Bagaimanapun kerana terlalu penat,kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan.pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga,kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.
Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah yang luas beratus hekta yang menjadi miliknya tidak membawa erti apa-apa.
“kenapa aku terlalu tamak ?” Tanyanya yang ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pohon..
“sekarang ajalku semakin hampir. Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yang aku perlukan cuma sedikit tanah untuk mengambus jenazahku ” rungut pengawal itu kesal.
Kekesalannya bagaimana pun sudah terlambat!
Apa yang dialami oleh pengawal itu adalah sama dengan kehidupan kita. Setiap hari kita paksa diri untuk mencari duit sebanyak mungkin. Kita berusaha untuk mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan.
Kita abaikan kesihatan,pelajaran,abaikan masa bersama keluarga. Kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan yang maha agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Percayalah ……suatu hari nanti,kita akan sedar dari lena. Ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan.
Apa yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Malah kita sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak dalam hidup ini.
Sayangnya,ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. Kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengutip semula apa yang tercicir.
Ingatlah,kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan.
Kehidupan ini juga bukan sekali untuk kita menempa kekayaan sahaja.
Seharusnya kita bekerja untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini.
Alangkah baiknya jika kehidupan ini diseimbangkan antara bekerja,belajar, dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri.
Orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita.Hanya kita yang mampu mengenal pasti apa yang utama.Gembira adalah makna sebenar kehidupan.Bukanlah itu impian semua manusia.
Jadi rancanglah apa yang hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta.Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat.Kesederhaan itulah kehidupan yang menyeronokkan.
Semoga bekalan amalan kita cukup untuk bahagia di sana nanti.
sumber :usrah.net

Disediakan oleh:
Ustaz Mohd Shazni Abdullah
Pegawai Hal-Ehwal Islam

MLM

MLM


=================================
Apa yang di dalam fikiran anda?
MALAM
MEMBER LANYAK MEMBER
MEETING LARUT MALAM
:
Yang sebetulnya
MULTI LEVEL MARKETING
Sistem perniagaan yang ada downline dan upline.
Macam susur galur.
Ada otai, ada beginner.
:
Berbeza dengan SINGLE LEVEL MARKETING
Anda lah CEO. Anda lah segalanya.
:
Ok, back to MLM.
Apa menarik sistem MLM SHAKLEE yang berbeza dengan sistem piramid.
✔ apa yang saya tahu, kebanyakkan sistem MLM, upline bole beli barang dengan harga yang jauh lebih murah dari downline.
Contoh : upline kita bole dapatkan barangan dengan diskaun 30% manakala downline hanya 15%.
TIDAK dalam sistem Shaklee.
Harga ahli yang di tawarkan kepada upline dan downline adalah sama.
Tiada diskriminasi di situ.
Tiada unsur kecil hati 
✔ pernah dengar sistem balance kiri kanan? Sayap kiri kena 4. Sayap kanan kena 4. Baru dapat bonus dan pulangan. Kalau tak dapat, menganga!!
TIDAK dalam sistem Shaklee.
Tak payah pening kepala nak balance kan kiri kanan. Malah, sistem kiri dan kanan pon takde.
YOU JUST GROW!!
✔ Upline goyang kaki, duit tetap masuk setiap bulan.
Ini adalah salah satu sebab kenapa orang BENCI MLM.
TIDAK dalam sistem Shaklee.
Kalau upline goyang kaki, satu sen pon dia tak dapat. Kita adil.
Kita usaha kita dapat hasilnya.
Bukan ambil kesempatan terhadap kesenangan orang lain.
✔ Barang atau produk adalah fizikal.
Bukan halimunan atau halusinasi.
KAMI ada produk.
Produk boleh makan.
Produk boleh sapu.
Produk buat cuci rumah.
Produk boleh buat kita sihat dan lawa!
✔ Sistem Bonus di bayar kepada upline dan upline bahagi kepada downline.
Woooo.. ini boleh berlaku penipuan.
TIDAK dalam Shaklee.
Bayaran bonus setiap bulan di bayar terus kepada akaun masing2.
Tak de masa nak bahagi la...
Heheheh
Saya dah kupas sedikit sebanyak pasal perbezaan MLM Shaklee dan Syarikat lain.
Kalau ada tambahan, saya buat part2 ye 

Sarapan.

SARAPAN
==============================

Apa sarapan kita pagi ni?
Ada yang mendapatkan sarapan di gerai tepi jalan pada makcik jual nasi lemak bungkus.
Lebih nikmat dengan telur mata goreng dan sambal sotong.
Kenyang tersandar la bila habis makan.
Ada yang selera pantai timur, sarapan nasi kukus JJ kak wok.
Ada yang mengidam nasi kerabu dengan daging bakar dan telur masin.
Ada yang tekak nak rasa roti canai dan tosai mamak.
Ada yang sarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak.
Di sulam pula dengan teh tarik.
:
Terliur pula saya 😂😂
:
Apa pun sarapan kawan-kawan FB saya, saya doakan anda semua sihat hari ini.
:
Terlintas tak di fikiran kita, bahawa SARAPAN yang paling indah ialah
SOLAT SUBUH.
:
Alhamdulillah, kita masih bernyawa.
Alhamdulillah, kita masih berpeluang melakukan yang lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah, kita masih boleh melihat.
Alhamdulillah, kita masih boleh kerkata-kata. Boleh bergerak dan berjalan.
Alhamdulillah, ayahbonda kita masih ada di sisi. Suami/isteri dan anak-anak.
Alhamdulillah, masih boleh berbakti kepada mereka.

Itulah SARAPAN yang paling 'mengenyangkan'

-sayu hati meluahkan kisah sarapan ini-