Power pumping

Hai semua.. Izura nak ucapkan setinggi-tinggi sebukit segunung tahniah kerana anda telah menjadi ibu. ok la, tahniah juga kepada anda kerana sudah menjadi bapa (bagi syokk sikit). Pengalaman sendiri ye, fullfeed anak sampai 2 tahun adalah satu tempoh yang sangat happy. Puas hati aku ok! u ols kena tahu yang breastfeeding amat mudah dan sangat seronok.. Satu nikmat yg Allah beri khas utk ibu2 yg melahirkan anak. Bawa je nenen ke mana2. tak tinggal kan kat rumah? gurauuu je! Mesti bawa kehulu-hilir kannnnn??

Nak mudah lagi kan, ilmu breastfeeding perlu ada. Tanpa ilmu tentang penyusuan susu ibu.. belilah semua pun keperluan & gadget utk breastfeed. Hatta breast pump ribu riban pun... bazir je jika tidak disertai dgn ilmu tentang penyusuan susu ibu.  

Meh Izura share simple je amalan harian ibu2 menyusu ni bagi nak maintain susu u ols ;)





1) Jaga Demand agar Supply Terjaga

Ini yg paling asas. Sebab penghasilan susu badan sangat dipengaruhi oleh permintaan bayi anda.

Izura bagi satu analogi. Seorang peniaga yg nak untung. Dah tentu peniaga tersebut perlu menjual utk dapatkan keuntungan dari perniagaannya. Adalah tidak masuk akal kalau peniaga tersebut tak jual apa2 tiba2 dilimpahi keuntungan yg melimpah2. 

Sama dgn breastfeeding. Baby perlu demand untuk susu (nenen la kiranya) baru pengeluaran susu akan banyak. Macam mana nak demand susu banyak2? Direct feed setiap 2 jam atau mommy yang berkerja, kerapkan pam susu. misal kata kerja 8-5ptg, buat la 3 atau 4 kali pam susu. boleh kan??






Jangan lupa masa kita pam dan menyusu, kita berdoa ;)


2) Amalan Power Pump






Power pump adalah salah satu latihan utk create demand (demand: susu). Sangat afdal exercise power pump ni dilakukan di waktu tengah malam sebab waktu ni badan kita dah relax, tenang.. baby pun dah tidur dan hormon prolaktin ibu tengah tinggi.



Harap gamba ni dapat bagi gambaran buat mommies. Simple kan gambar ni?
Izura dulu masa pam, tengok gambar anak atau video2 dia. amik mood positive kengkonon!




satu hari Izura pam 3 kali di opis dan 2 kali di rumah. masa di rumah memang direct feed saja.



3) Jaga Pemakanan Ibu.

Jaga makan. Simple saja. Kita fikir macam ni, kalau makan ini anak macam mana? Kalau makan itu, anak sakit perut tak? Macam Izura dulu, tak bole makan durian sangat. Sebab nanti Adam macam tak nak sangat susu itu, heheheh. 
Lagi satu, Izura amik supplement juga. Semestinya Shaklee.. ingat ye, supplement bukan banyakkan susu. TIDAk! Tiada supplement di dunia ni yang banyakkan susu. Tipu dan Menipu.
Supplement berfungsi untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat. Secara tidak langsung. mampu membekalkan susu ibu yang meriah. Makanan harian tidak cukup tau untuk memberi nutrisi kepada kita. PERCAYALAH cakap saya. U ols rasa badan tu semacam je bila dah makan supplement. Lebih UMPHHHH!
Bila sihat-- happy-- ceria-- bertenaga-- aktif-- positive-- bersemangat-- lebih tenaga untuk pam dan menyusu-- susu meriah!

Letih tau rasa badan bile lepas mengepam dan menyusu. Rasa haus semacam je.

Air kosong jangan lupa. atau air mineral. amik banyak2.. 3Liter tau mommies! kalau boleh masa tempoh feeding tu, pantang la ais dan minuman bergas ;) Susu ibu adalah air, kena amik banyak air kalau nak susu banyak juga!


health makes you pretty
0126647809
izura mohamad sobri


No comments