TIPS URUS JADUAL HARIAN


TIPS URUS JADUAL HARIAN

1)Buat List THINGS-TO DO

CARA- Senaraikan perkara yang nak kita lakukan pada hari ini. Lekatkan pada dinding atau esbok (peti sejuk) atau cork board (papan gabus). Cork board yang murah di Daiso rm5 saja u ols. Ada juga jual pin cantik2, siap ada diamond n bentuk binatang comel2 lagi..
THINGS-TO-DO bole di buat mengikut kategori,
:: Hari ini
:: Minggu ini
:: Bulan Ini
:: Year Planner


Hari ini

Minggu Ini


Year Planner


Contoh : Cork Board


2)Bila masa sesuai kita listkan?

:: Pada waktu malam sebelum tidur. Sebab mana tahu ada tugasan hari tu kita tak dapat selesaikan, kita bring forward hari esok. Tapi kalau boleh di mansuhkan, ignore saja.
:: Bila bangun pagi. (sesuai untuk WAHM atau suri rumah yang ada urusan lain untuk di uruskan) banyak benda yang perlu di lakukan oleh suri rumah ni. Kata orang tak pernah habis la kerja suri rumah. Hehehe
:: Bila tiba di pejabat. Masuk je office, duduk kat meja office tu, listkan tugasan untuk hari itu. Nampak lebih terurus dan sistematik. Tak la rasa stress dan kelam kabut sampai nak lunch pon tak sempat.


3) Senaraikan yang mana patut di dahulukan dulu. Dan kenal pasti yang mana bole di lakukan dalam 1 masa ;)

Contoh:
Hari ini
~kemas baju
~basuh kasut anak
~basuh bilik air
~basuh baju 2 bakul
~pergi pasar
~gosok baju


OK, dari list di atas, kita dah senaraikan  apa yang kita nak buat hari ini kan. So kita boleh fikirkan mana yang perlu di dahulukan dulu.

1st kita bole pergi pasar tapi sebelum kita pergi pasar, kita bole sumbat baju segala dalam washing machine kan? Nanti balik pasar, washing machine kita selesai, kita bole sidai terus. Jimatkan masa.
Lepas tu dalam list ada basuh bilik air, bole buat masa kita mandi kot. 2 in 1 u ols. Jimat masa lagi.
Gosok baju bole buat sebelum tidur rasanya. Sebab nak pakai baju masa pagi pergi kerja kan? Jangan buat masa bangun tido nak pergi kerja tu. Kelam kabut u ols..


4) Tips berguna

:: Untuk memudahkan proses masak (biasa di guna pakai untuk ibu-ibu bekerja)
- Listkan menu masakan untuk seminggu terus
- Blend siap-siap cili merah/kering, bawang merah, bawang putih, halia dan sebagainya.
- Bila nak masak, campak saja ;)

:: Untuk memudahkan proses membasuh baju
- Set kan hari apa nak membasuh. misal kata Sabtu dan Ahad. atau Selasa Khamis. tapi kalau tiap2 hari membasuh tu, tak dapat nak nolong.

:: Bahagi kan tugas antara penghuni di dalam rumah
- antara suami, isteri, anak-anak yang lain ;)








Thanks sebab baca ;)



No comments