Shaklee haram sebab MLM?

Hai semua,
adakah persoalan itu bermain di fikiran anda?
Jika Ya, saya akan huraikan 







Sumber :
MLM MENGIKUT SYARIAH - SEBAGAIMANA DIBAHASKAN OLEH UZAR


      1. PRODUK MLM INI MESTILAH DIBELI DENGAN TUJUAN YANG SEBENARNYA. 

(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, produk yang unik dan lainnya).
  • Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengaburi dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.
  • Kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
SHAKLEE Shaklee terbukti suplemen yang jelas berkualiti dan membantu memperbaiki kesihatan kita. Shaklee memang terkenal dengan produk yang berkualiti, selamat dan berkesan. Lebih 50 tahun Shaklee di Malaysia. Jubli Emas dah pon ;) Produk yang nyata bukan atas angin sahaja.





      2. BUKAN JUALAN EMAS DAN PERAK 

Emas atau perak yang boleh dijualbeli secara tangguh/hutang. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

SHAKLEE : Produk makanan kesihatan. Produk penjagaan diri. Produk pembersihan rumah. nak beli emas, guna duit bonus SHAKLEE ;) hehehehe..





   3. KOMISYEN YANG DIBERIKAN KEPADA SETIAP AHLI DAN AHLI BAWAHANNYA MESTILAH JELAS.

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

SHAKLEE :Sistem Shaklee ini bukan goyang kaki ye. Kalau tiada jualan, tiada komisyen. Upline perlu beri coaching/tunjuk ajar/guide kepada downline. Komisyen juga di atas mentoring tersebut. Macam cikgu, mengajar kan suatu usaha dan tanggungjawab. Upline juga tidak akan terima sebarang komisyen selain dari downline nya sendiri. 





      4.  KEUNTUNGAN DAN KOMISYEN BUKAN BERDASARKAN ‘KEPALA' ATAU AHLI YANG DITAJA.

tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

SHAKLEE : Betul, Shaklee mengira komisyen dari segi berapa jumlah jualan produk berdasarkan point atas produk tersebut. Shaklee jual barang yang wujud, bukan cari orang semata-mata. kita perlu membeli barang untuk mendapatkan komisyen. ini bukan SKIM PAK MAN TELO.







   5. TIDAK WAJIB BAGI SI AHLI MEMBUAT BELIAN SENDIRI DALAM JUMLAH TERTENTU BAGI MEMPEROLEHI KOMISYEN DARI ORANG BAWAHANNYA.


Ini kerana ia mirip paksaan dalam pembelian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

SHAKLEE Tepat sekali huraian di atas. Shaklee mengikut garis panduan ini dengan betul. Ia Cuma meletakkan syarat jualan minima untuk memperoleh komisyen kumpulan. Namun, semakin byk jualan, lagi tinggi komisyen. Tapi perlu usaha kan. Apa2 pun, usaha tangga kejayaan ;)





      6. SETIAP ‘UPLINE' atau 'SUPER DUPER UPLINE' MESTILAH MENARUH USAHA ATAS JUALAN ORANG BAWAHANNYA.

  • Seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen atau menjual.
  • Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'.
  • Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.
  • Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen.
  • Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh? 
SHAKLEE : 
  • ·         Usaha perlu untuk menaiki tangga Shaklee. Nak dapatkan taklimat/sharing/kelas seo/ kelas marketing /kelas nutrisi dan banyak lagi, kebanyakkannya percuma dan diajar oleh mereka yang berjaya bukan calang-calang orang. Tetapi Ada juga yang berbayar, namun minima berbanding kelas lain. Bak kata mereka Commitment fees.
    Yang penting, pilihlah upline yang betul. Upline yang mempunyai rangkaian hingga berjaya dan penuh dengan couching/mentoring bersama-sama.





       7.  TIDAK MENGGUNAKAN SKIM PIRAMID IAITU SKIM SIAPA MASUK DULU AKAN UNTUNG SELAMANYA.
  • Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan.
  • Plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
SHAKLEE : Semua mempunyai peluang yang sama. Malah downline pun dapat melebihi upline tau! So, siapa usaha, dia adalah pemenang di hatinya ;)




     8. MEMPERSEMBAHKAN SYSTEM KOMISYEN DAN BONUS YANG TELUS DAN MUDAH DIFAHAMI 

d   sistem komisyen yang di catat. dan boleh dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mngelakkan segala jenis penipuan.
        
       SHAKLEE Sistem komisyen sangat jelas dan disertakan dengan manual pengiraan. Mudah difahami dan adil. Terdapat dalam buku manual dan di dalam sistem shaklee2u.com.my. Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.

Contoh starter kit macam beg laptop, dan buku2 yang perlu di fahami. terdapat juga jenis produk dan senarai harga ;)




  9. MENSTRUKTUR PLAN PEMASARAN DI ANTARA AHLI DAN ORANG BAWAHANNYA SECARA MUSYARAKAH .


iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi

SHAKLEE Ini point yang istimewa di Shaklee. Semua peringkat merasai peluang yang sama. Ukhuwah yang kuat, system yang adil, plam pemasaran yang meluas.
Harga ahli yang tetap dan pihak Shaklee telah menetapkan Harga jualan kepada pelanggan. Justeru itu, ahli tidak bole menjual melebihi harga jualan. Bagi mengelakkan ahli kerugian atau mendapat untung yang lebih2 pulak. Nanti riba pula.



10. HARGA KEPADA SETIAP AHLI ADALAH SAMA
Harga yang sama tidak kira pangkat pon. dari pangkat tertinggi kepada ahli yang baru mendaftar, harga pembelian barangan adalah sama saja. Tiada mengikut percentage pangkat pon. Contoh MLM lain, pangkat atas atau besar dapat 50% dan pangkat bawah 10% je. Kesian hok pangkat bawah tu. hehehee

SHAKLEE : Tidak begitu. NO NO NO!


Ramai di antara yang berjaya dalam SHAKLEE adalah Melayu, Graduan Universiti Al-Azhar, Ustaz dan Ustazah, Tidak kurang mereka yang mendalamai ilmu agama.
Tiada HARAM malah Produk Shaklee bertaraf sijil HALAL.Shaklee patuhi shariah dalam MLM.
Sebab itu bisnes Shaklee makin berkembang walaupun pelbagai tohmahan dilontarkan. tetapi masih kukuh dengan produk yang berkualiti. Shaklee telah membantu ramai orang di seluruh dunia.

Pelbagai keistimewaan Bisnes Shaklee ini. Anda berbisnes, berukhuwah, berkongsi ilmu, menambah pengetahuan, meningkatkan ilmu kerohanian, bertemu dengan insan hebat, menjadi lebih positif, dan paling penting, MODAL SERENDAH RM65 SEKALI SEUMUR HIDUP!

ORANG ISLAM PERLU KAYA DAN BERJAYA SEPERTI ABDUL RAHMAN BIN AUF.
KAYA untuk membantu umat islam yang lain.
KAYA yang sederhana & tidak menunjuk-nunjuk.

KAYA yang merendah diri.
KAYA untuk berbaktti kepada ibu bapa.




No comments