Sembelit

SEMBELIT


Apa itu sembelit?

Dari sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar kurang 3 kali seminggu.
Maksud sembelit yang biasa digunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih 2 hari.
Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.

Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit berangin atau sakit perut.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.





Kesan Sembelit

:: Apabila sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

:: Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan. Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

:: bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap dan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

:: Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

:: Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan apendiks mengalami keradangan.

:: Pada pandangan pakar penjagaan kesihatan alternative, sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. 
Ada seorang penghidap kanser otak yang dipercayai berpunca tidak mengatasi sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

:: Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.




Punca Sembelit

:: sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.

:: Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.



AMARAN!

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).
Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.
Bagaimanapun, jika seseorang mengambilnya secara berlebihan daripada dos yang dicadangkan, ia akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan paras elektrolit yang tidak normal dalam badan.
Keadaan ini seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang, masalah jantung dan kematian.

Jadi, bertanyalah kepada doktor atau ahli farmasi setiap kali anda dibekalkan laksatif.

Laksatif berasaskan herba contohnya aloe vera, atau peria bertindak menggunakan mekanisme berbeza daripada laksatif moden berasaskan natrium fosfat.

Ia tidak menarik air masuk ke dalam usus untuk melembutkan najis. Sebaliknya ia bertindak dengan melancarkan pengeluaran cecair hempedu.

Seperti dinyatakan bergantung kepada laksatif berasaskan herba juga membawa keburukan iaitu ia mudah menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Pengambilan ubat-ubatan moden atau herba tertentu boleh menyebabkan sembelit.

Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami 
sembelit.



Cara atasi sembelit



:: minum air mineral atau air masak secukupnya. 3L sehari

:: minuman prune atau buah prune




:: makan buah-buahan atau makanan yang mengandunig kandungan serat yang tinggi seperti betik, pisang, oat
















:: bercangkung 


:: bersenam












:: ada mengatakan kopi ;)



















DAN CADANGAN SAYA ;)










Mengatasi masalah sembelit anda secara semulajadi ;)
Hubungi saya 0126647809











Btw, health makes you pretty
izura
0126647809


No comments